Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Apa Itu 'Bipolar Disorder?' - Punca, Simptom & Kaedah Rawatan

Views
Talam dua muka tu kategori lain ye guys
Apa yang dimaksudkan dengan penyakit BiPolar Disorder?. Apakah penyebab dan punca penyakit ini serta tanda tanda dan gejalanya dan apakah kaedah rawatan terbaik untuk merawati penyakit BiPolar Disorder ini?.

Tread ini disediakan bagi memberi maklumat sedikit sebanyak berkenaan penyakit ini khusus untuk membantu mereka mereka yang terlibat serta mengambil tindakan sewajarnya.

Gangguan atau penyakit bipolar juga dikenali sebagai penyakit "kemurungan melampau" adalah sejenis gangguan mental atau penyakit kejiwaan disebabkan oleh perubahan suasana hati secara serius.


Seseorang yang mempunyai gangguan penyakit ini mengalami perubahan sikap yang mendadak, ketara dan tidak stabil. Tempoh kemeurungan dan perubahan perasaan melampau ini boleh berlaku dalam beberapa jam, beberapa hari, minggu atau bulan bergantung kepada tahap kesihatan seseorang.


Ramai orang mengalami masalah ini dalam masa masa tertentu tetapi kebanyakan mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang menderita masalah bipolar disorder.

Pesakit bipolar sering mengalami dua perasaan bertentangan secara mania atau melampau. Dalam situasi kegembiraan, mereka tiba tiba boleh mengalami situasi duka dan sedih melampau secara tiba tiba dan begitu juga sebaliknya. Secara purata pesakit ini boleh mengalami pertukaran perasaan melampau antara kebahagiaan dan kemurungan/kesedihan yang bertukar ganti ini sehingga melampaui 3 tahun.

Gejala Dan Simptom Fasa Mania

 
Fasa mania dikenali dengan peningkatan suasana hati secaraketara sehingga menyebabkan pesakit gangguan bipolar yang mengalaminya akanmerasa sangat gembira dan bersemangat. Mereka merasa begitu bertenaga dan sentiasa rasa segar walau pun kurang tidur. Keadaan-keadaan itu membuat merekamenjadi banyak bercakap dengan lancar dan petah dan mereka juga mengalami peningkatan tahap libido.
Tahap mania juga membuat ego pesakit menjadi tinggi dan mereka mudah tersinggung dan terusik, merasa dirinya sangatpenting, merasa sangat bangga terhadap dirinya sendiri, sangat defensif dan boleh melakukanhal-hal remeh seperti menghabiskan duit simpanan atau membuat keputusan besar yangberisiko tinggi atau yang merugikan diri sendiri mau pun orang lain.

Bagi kes bipolar yang teruk, pesakit jugaboleh mengalami gejala psikotik berupa khayalan dan halusinasi. Pada masaberhalusinasi, pesakit akan merasa seperti mendengar atau melihat sesuatuyang sebenarnya tidak ada, dan ketika mengalami delusi, pesakit akan meyakinisesuatu yang pada kebiasaannya tidak masuk akal atau tidak benar.
Gejala Dan Simptom Fasa Kemurungan
 
Berlawanan dengan fasa mania adalah fasa kemurungan. Fasa ini berlaku dengan penurunan suasana hati secara signifikan, sehingga pesakitbipolar akan merasa sangat sedih, cemas, sukar tidur, merasa bersalah, pesimis dan seperti putus asa. Jika gejala ini makin parah, dikhuatiri pesakit bolehmenyakiti dirinya sendiri atau membunuh diri.
 
Fasa kemurungan juga boleh membuat pesakit gangguan bipolar menjadi sukar untuk menumpukan perhatian dan mengalami penurunan daya ingatan, sehingga menyebabkan prestasi atau produktiviti mereka menurun.
 
Fasa kemurungan ini juga boleh membuat hubungan pesakit bipolardengan orang-orang terdekat menjadi rosak akibat kehilangan minat pesakitterhadap aktiviti sehari-hari dan menarik diri dari kehidupan sosial.
 
Jika dilihat dari persekitaran episod suasana hati, adabeberapa pesakit gangguan bipolar yang mengalami tempoh normal di antara maniadan kemurungan. Walaupun begitu, ada sebahagian pesakit yang mengalamipemulihan cepat dari fasa ke fasa tanpa adanya tempoh normal. Tiap fasa yang kronik atau parah, ianhya boleh berlangsung hingga beberapa minggu atau bulan.
 
Ada juga pesakit yang mengalami maniadan kemurungan secara bersamaan. Misalnya ketika pesakit merasa sangatbertenaga dan diketika yang sama dia juga merasa sangat sedih dan putus asa.Gejala atau simptom begini dinamakan dengan Fasa Campuran namun ia amat jarang berlaku.

Simpton atau gejala bipolar boleh menyebabkan kerosakan dalam komunikasi dengan orang sekeliling, menjejaskan prestasi kerja dan tugasan malah lebih kronik, penyakit ini boleh mendorong sesorang itu ke arah membunuh diri. Bagaimana pun pesakit bipolar ini boleh dirawat dan kembalikan ke kondisi normal ke arah hidup lebih produktif.

Klik SINI untuk lihat video Tokoh Tokoh Popular yang bermasalah Bipolar Disorder

PUNCA DAN PENYEBAB BIPOLAR DISORDER

 
Ahli sains telah dan masih mengkaji mencari kemungkinan punca sebenar penyakit ini. Kebanyakan mereka bersetuju bahawa tidak ada punca tunggal yang menyebabkan penyakit ini. Mereka berpendapata bahawa banyak faktur yang boleh menyumbang kepada berlakunya masalah ini.

Fakta kajian menunjukkan bahawa ada kecenderungan penyakit ini boleh diwarisi secara genetik dalam satu satu keluarga. Hasil penyelidikan telah mencadangkan bahawa orang yang memiliki gen tertentu berpotensi mendapat bipolar disorder berbanding orang orang lain dari gen yang berbeza.

Sebab itu penyakit ini sering dianggap sebagai satu penyakit keturunan. Bagaimana pun kanak kanak yang bertlatar belakangkan keluarga yang mempunyai sejarah bipolar ini tidak mengalaminya sehinggalah mencapai usia dewasa tertentu.

Kemajuan sains dan teknologi telah mempertingkatkan penyelidikan genetik terhadap gangguan bipolar. Salah satu usaha ini ialah dengan pelancaran Bipolar Disorder Phenome Database yang dibiayai sebahagiannya oleh NIMH. Dengan menggunakan pengkalan data ini, para saintis boleh membuat kajian menghubungkan tanda tanda gangguan dengan gen yang boleh mempengaruhi mereka.

Para saintis turut mengkaji penyakit penyakit yang mempunyai gejala yang sama seperti kemurungan dan skezofrenia bagi mengenal pasti perbezaaan genetik yang boleh meningkatkan resiko seseorang untuk mendapat masalah bipolar ini.

Saintis juga cuba mencari apakah gen di alam sekitar atau geografi berbeza cenderung mempengaruhi bipolar. Namun mereka percaya gen atau keturunan bukanlah satu satunya punca kepada masalah ini. Hasil kajian saintis ini boleh anda akses di http://www.nimh.nih.gov/health/topics/bipolar-disorder/index.shtml

Faktor pencetus lain yang tidak boleh dipandang mudah adalahstres. Banyak kes gangguan bipolar yang berlaku pada pesakit yang seringmengalami tekanan dalam hidupnya. Selain stres, gaya hidup yang tidak baik juga dipercayai turutmempunyai kesan terbentuknya gangguan bipolar dalam diri seseorang, misalnyaketagihan minuman keras dan penyalahgunaan ubat-ubatan.

Gangguan bipolar kini menjadi satu krisis penjagaan kesihatan utama di dunia dan menyukarkan banyak pihak serta menjejaskan kos kehidupan seharian. Kurangnya kajian dan penemuan untuk menangani masalah ini menyebabkan ramai penderita bipolar di seluruh dunia hidup dalam kegelapan dan keluarga mereka yang terbabit tercari cari diagnosis sesuai untuk tujuan rawatan. 

Kurangnya diagnosis ini menyebabkan berlakunya peningkatan bunuh diri sehingga 20 kali ganda dikalangan pedsakit bipolar disorder ini.

RAWATAN BIPOLAR DISORDER

 
Dalam mendiagnosis gangguan bipolar, doktor atau pakar jiwa akan cubamengumpulkan maklumat, baik dari pesakit sendiri mau pun dari keluarga mereka. Doktor akan bertanya berkaitan gejala, riwayat kesihatan pesakit, dan riwayatkesihatan keluarganya.

Misalnya apakah ada ahli keluarga pesakit yang mengidapkeadaan yang sama. Selain itu, doktor mungkin melakukan ujian darah dan ujian airkencing untuk memastikan gejala yang ada bukan disebabkan oleh penyakit lain

Tujuanrawatan gangguan bipolar adalah untuk menurunkan kekerapan berlakunyaepisod-episod mania dan kemurungan agar pesakit dapat hidup secara normal dan dapat berkomunikasi dengan persekitarannya dengan baik. Selain memperbaiki pola hidup, rancangan rawatanbiasanya merangkumi pemberian ubat-ubatan yang digabungkan dengan pengendalianlain seperti terapi psikologi.

Gangguan bipolar amat membebankan pesakit dan keluargamereka dan boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan, jangka hayat lebih pendek,pengasingan sosial dan kualiti hidup kurang baik,”kata Presiden PPM, Profesor Dr. Maniam Thambu. Malah, di negara-negara maju sekalipun, pesakit bipolar sering diberikan diagnosis awal yang salah kerana doktor mereka kurang memahami gejala yang dialami.

Jika tidak dirawat, gangguan bipolar mendatangkan masalahbesar kepada pesakit kerana menganggu fungsi kehidupan harian termasuk dalampekerjaan. Ia juga mengundang pandangan serong masyarakat terhadap seseorangyang mengalami sebarang gangguan mental.
 
Namun, situasi ini boleh diubah dan berdasarkan laporanMajlis Penasihat Kesihatan Mental Amerika Syarikat, kadar kejayaan rawatan bagigangguan bipolar agak cemerlang iaitu 80 peratus.

Malah, dengan rawatan yang sewajarnya, pesakit bipolar bolehmendapatkan kembali kira-kira tujuh tahun kehidupannya, menjalankan kegiatanutama dengan berkesan selama sepuluh tahun dan mengekalkan kesihatan normalselama sembilan tahun yang selalunya hilang akibat penyakit tersebut.

Mengulas mengenai situasi tersebut di Malaysia, pengerusipenganjur kempen, Dr. Abdul Kadir Abdul Bakar, berkata, dengan pendedahan danpendidikan sempurna kadar kejayaan rawatan di negara ini mencapai tahap yangsetanding negara asing.
 
Beliau menjelaskan, tahap kesedaran umum yang lebih tinggiakan mengurangkan tanggapan yang negatif tentang penyakit ini dan menggalakkanpesakit memainkan peranan proaktif untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Dr. Abdul Kadir, rawatan bagi penyakit bipolarsecara amnya terdiri daripada beberapa komponen termasuk ubat-ubatan, terapielektrokonvulsif dan rawatan psikososial.

“Banyak perkara yang boleh andalakukan untuk menangani penyakit anda dan mengekalkan kesejahteraan diri.
 
“Ini termasuklah memakan ubat,penuhi temu janji dengan doktor anda dan menghadiri sesi rawatan psikososial,serta tidur mengikut jadual yang tetap sekurang-kurangnya lapan jam setiapmalam.

“Selain itu, jangan mengambil alkohol, kafein atau dadah kerana ia mungkin menganggu tindakan ubat, tidur atau moodanda. Anda juga perlu berhenti atau mengurangkan merokok dan perlu bijakmengurangkan tekanan kerja dan tekanan disebabkan konflik interpersonal,” katanya.
 
Orang ramai seharusnya lebih peka dalam menangani masalahkesihatan mereka termasuk sering membaca informasi berkaitan penyakit tersebutsupaya langkah rawatan awal boleh dilakukan.

Usaha PPM untuk memperbaiki strategi pengurusan untukpesakit bipolar dapat dilihat melalui maklumat dalam laman web rasmi kempen inidi http://www.psychiatry-malaysia.org

Kaedah rawatan alternatif Putih Telur Laminine juga terbukti mampu merawati pesakit pesakit yang bermasalah bipolar disorder. LAMININE boleh memainkan peranan penting dalam menstabilkanswing mood seorang pesakit bipolar kerana LAMININE meningkatkan tahap serotoninneuro-transmitter di dalam otak, dan mengurangkan kortisol hormon tekanan.

Supplemen penemuan terbaru saintis di Amerika dan di patenkan di negara berkenaan, kini mendapat sambutan hangat di lebih 20 buah negara seluruh dunia kerana keupayaannya merawati gejala berkaitan mental dan saraf seperti bipolar disorder ini.

Tiada ulasan