Header Ads

Terkini

Oh Yeah : CES 2018 - Sony Xperia XA2, XA2 Ultra Dilancarkan Dengan Snapdragon Dan Bateri Besar

Views

Setelah kita melihat beberapa gambar yang tertiris di arena sesawang sebelum ini, Sony kini melancarkan Xperia XA2 dan XA2 Ultra secara rasmi. Kedua-dua model telefon pintar ini membawakan beberapa ciri menarik yang dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan-atas. Xperia XA2 dan XA2 Ultra kini didatangkan dengan set cip Snapdragon 630 menggantikan cip MediaTek Helio P20 pada tahun lepas.

Sony Xperia XA2 Ultra
Berukuran 163 x 80 x 9.5mm dan seberat 221g, peranti ini hadir dengan paparan 6-inci HD penuh dan ditemani bateri sebesar 3,850mAh yang menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Ia juga dimuatkan dengan memori RAM 4GB serta ROM 32GB atau 64GB.


Peranti ini dibekalkan dengan kamera utama 23 Megapiksel f/2.0 Exmor RS yang sama seperti generasi terdahulu. Manakala kamera depan 8 Megapiksel berfungsi sebagai lensa sudut lebar dan kamera kedua 16 Megapiksel pula menyokong penstabilan imej (OIS) dan autofokus.


Kerangkan badan Xperia XA2 Ultra yang besar turut menyediakan ruang slot kad microSD dan pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Sony Xperia XA2
Selain versi Ulta, Xpera XA2 pula didatangkan dengan skrin 5.2-inci bersama paparan HD 720p. Bateri 3,300mAh pula menyokong pengecasan pantas QuickCharge3.0. Memori dalaman menerima RAM 3GB dan storan sebanyak 32GB.


Sensor kamera pada model ini masih sama seperti versi ultra iaitu dua kamera 16MP + 8MP di depan, dan 23 Megapiksel f/2.0 di bahagian kamera belakang. Kedudukan modul kamera belakang untuk kedua-dua peranti kini dialihkan ke bahagian tengah tidak seperti model Xperia yang lain. Xperia XA2 dipadankan dengan sistem pengimbas cap jari di panel belakang dan sokongan dwi-SIM.


Sony Xperia XA2 Ultra dan Xperia XA2 dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo dan antaramuka yang kemas mirip seperti Android asli.

Kedua-dua akan memasuki pasaran global bermula Februari 2018 tanpa pengumuman harga setakat ini.

Sumber : blogs.sonymobile

Tiada ulasan