Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Fakta Tentang 'Suicide Forest' Aokigahara Yang Korang Tak Tahu

Views

Hutan Aokigahara yang terletak di kaki Gunung Fuji adalah tempat tumpuan utama untuk mereka yang telah berputus asa untuk hidup di Jepun. Hutan Aokigahara juga dikenali dengan nama Jukai (sea of trees) kerana pokok-pokok yang tumbuh di hutan itu dengan banyak sekali dan rapat-rapat.

 

1. Lokasi 

Bandar terdekat dari Hutan Aokigahara adalah bandar Fujikawaguchiko yang terletak di dalam daerah Minamitsuru. Untuk sampai ke Minamitsuru,anda terlebih dahulu perlu sampai ke bandar Ōtsuki jika anda dari Tokyo. Dari Tokyo anda perlu menaiki keretapi Chūō line menghala ke arah Kofu dan turun di Otsuki. Dari Otsuki pula anda perlu menaiki keretapi Fujikyuko line untuk sampai ke Stesen Kawaguchiko. Dari situ anda perlu berjalan atau mengambil pengangkutan awam untuk tiba di Fujikawaguchiko. 

2.Kos Dan Masa


Jika anda menaiki keretapi anda akan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam untuk tiba di Aokigahara. Untuk sampai lebih cepat anda boleh memandu yang hanya akan mengambil masa 1 jam 30 minit. Kos untuk menaiki keretapi dari Stesen Shinjuku,Tokyo ke Stesen Kawaguchiko,Fujikawaguchiko adalah lebih kurang 4300yen. Dari Kawaguchiko ke Aokigahara anda boleh menaiki bas dengan tiket dua hala pada harga 1300yen (sumber).

3.Populariti

Pada tahun 1960 buku tulisan Seichō Matsumoto yang berkisarkan pasangan kekasih yang membunuh diri di Hutan Aokigahara adalah antara sebab hutan ini mula menjadi popular untuk destinasi membunuh diri di Jepun. Menambah parah,buku terbitan Wataru Tsurumi bertajuk “The Complete Manual of Suicide” menyebabkan populariti hutan ini sebagai tempat membunuh diri meningkat.

4.Pintu Masuk 

Di pintu masuk Hutan Aokigahara terdapat satu papan tanda yang ditujukan kepada mereka yang ke sana untuk membunuh diri.

 "Kehidupan anda adalah hadiah yang berharga yang telah diberikan oleh ibu bapa anda. Tolong fikirkan ibu bapa anda,adik beradik anda dan juga anak anda. Jangan menyimpan masalah anda sendiri,luahkannya atau tolong dapatkan pertolongan,jangan melaluinya seorang diri. Sila hubungi Suicide Prevention Association 0555 – 22 – 0110"

5.Barang Tinggalan

Antara barang-barang yang sering ditinggalkan oleh pembunuh diri di sini ialah beg pakaian,botol air,mancis dan nota bunuh diri. Semua barang-barang ini dibiarkan di hutan tersebut walaupun mayat telah dialihkan dari kawasan itu.

6.Pekerja 

Pada setiap bulan,ada petugas-petugas yang akan melakukan rondaan untuk memastikan tiada aktiviti bunuh diri yang berlaku di kawasan hutan tersebut. Antara tugas mereka yang lain adalah untuk mengalihkan mayat-mayat yang dijumpai dalam rondaan mereka. 

7.Cara Membunuh Diri

Antara cara membunuh diri yang sering dilakukan di sini adalah dengan menggantung diri ataupun mengambil racun.

8.Filem Adaptasi 

Filem The Forest yang dilakonkan olen pelakon Games Of Thrones iaitu Natalie Dormer adalah berlatar belakangkan fenomena yang berlaku di Hutan Aokigahara. Filem tersebut akan ditayangkan di pawagam di Malaysia pada bulan Januari 2016.

Sumber : hadam.my 

Tiada ulasan