Header Ads

Terkini

Ingatkah Anda Video Kembar Empat Yang Tular 16 Tahun Lalu? Inilah Rupa Mereka Sekarang

Views

Beberapa video yang kelakar tular pada 16 tahun lalu memang susah kita nak lupakan. Rasa macam tak percaya begitu sekejap masa berlalu pada ketika itu kebanyakkan video tular semua kita tonton dari tv. Seperti video comel yang tular mengenai empat kembar yang ketawa secara serentak dari South Carolina mencuri hati berjuta-juta penonton.

Video ini menjadi sangat popular di YouTube selepas ianya baru saja dilancarkan ketika itu. Segalanya bermula apabila Steve dan Alison Mathias menghantar videonya kepada rancangan ABC, iaitu 'America's Funniest Home Video'.

Pasangan itu tidak pernah fikir video spontan dalam kehidupan seharian mereka akan menjadi begitu popular di dunia. Mereka gemar mencatatkan setiap tingkah laku dari empat anak perempuan mereka yang berharga dan video ini satu-satunya yang terkenal daripada banyak video.

Nama kembar tersebut ialah Grace, Emily, Anna dan Mary Claire. Video kembar empat yang dihiburkan oleh ayah mereka ketika baring disekeliling ibunya memenangi beratus-ratus ribu dolar wang hadiah. Video tersebut memenangi hadiah utama sebanyak $ 250,000 (RM993,250) dan penonton menobatkan video tersebut sebagai, "Video paling epik sepanjang zaman".

Kembar-kembar tersebut kini sudah meningkat remaja. Oprah Winfrey telah mewawancara mereka didalam rancanganya iaitu: "Oprah: Where Are They Now?" Grace (salah seorang kembar) memberitahu media media bahawa empat daripada mereka adalah sama tetapi mempunyai karakter yang berbeza.

Mereka masing-masing mempunyai rasa humor dan fesyen masing-masing. Anna suka orkestra manakala Mary Claire dan Emily menikmati seni digital, Grace pula suka fotografi.

 

Ibunya, Alison mengatakan bahawa tidak kira minat mereka atau individu, harapannya untuk gadis-gadisnya adalah mudah: "Harapan saya terhadap anak-anak gadis saya adalah agar mereka yang menjadi wanita muda yang Tuhan mahu mereka menjadi dan mengikuti rencana-Nya untuk masa depan."

Walaupun empat kembar ini telah berubah menjadi wanita muda yang cerdas dan cantik, mereka akan sentiasa diingati kerana ketawa comel mereka.

Jom tengok kembali video mereka:

Tiada ulasan