Header Ads

Terkini

Kanak-Kanak Ghaib Selama 2 Jam Selepas Diajak Bermain Di Kolam

Views

Seringkali juga kita dengar tentang manusia yang 'hilang' secara tiba-tiba dan dikatakan disorok oleh mahkluk asing atau lebih mudah dikenali sebagai 'bunian'

Malah, alam ghaib ini masih lagi menjadi tanda tanya setiap manusia. Adakah ianya benar-benar wujud atau tidak?
 

Persoalan ini sering dibincangkan apabila sesuatu yang aneh berlaku contohnya apabila ahli keluarga yang keluar bermain bersama rakan, akhirnya tidak pulang ke rumah kerana telah 'disorok' dan 'dibawa' ke alam yang lain.
 
Apakah ianya benar?

Sama ada benar atau tidak, perkara itu tidak tercapai dek akal manusia. Namun baru-baru ini, dua orang kanak-kanak dikatakan telah hilang selama 2 jam di dalam hutan setelah selesai sesi persekolahan. Sangat misteri!

  
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Nurul Husna Abdul Hadi, 6 tahun dan Nik Nur Arisa Nik Mohd Zurairi, 6 tahun ini telah dikatakan hilang sejurus selesai sesi persekolahan kira-kira jam 12:30 tengahari.

Mereka telah diajak oleh seorang 'wanita' untuk bermain di kolam dan menangkap ikan sebaik sahaja mereka keluar dari pagar tadika



Menurut sumber, Nik Nur Arisa telah berniat untuk pulang malam esoknya. Namun, sepupunya, Nurul Husna ingin pulang keesokan pagi. Lebih misteri apabila mereka mengatakan ternampak kelibat datuknya, Ismail Mat namun mereka tidak dapat dilihat oleh datuknya.

Arisa dan Husna telah ditemui pada jam 2:30 petang selepas 50 orang penduduk kampung mengadakan usaha mencari dan solat hajat di surau yang berdekatan.



Ibu Nurul Husna telah berkata dia tidak menolak kemungkinan yang anaknya itu telah disembunyikan oleh 'bunian' kerana tempat yang kononnya dikatakan 'kolam' tersebut adalah tempat keras dan merupakan kawasan kubur lama.
 

Malah, ianya menjadi tanda tanya kerana tempat itu dikatakan hanya ada bendang padi, belukar dan kawasan itu juga bukan laluan penduduk.
 

Lebih menghairankan lagi apabila berfikir bagaimana anaknya boleh sampai ke kawasan itu kerana menurut ibunya, jarak tempat itu adalah 200 meter dari rumah sedangkan dia sudah sampai awal untuk menjemput anaknya pulang dari sekolah.

Sumber : Says

Tiada ulasan