Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Kenapa Orang Jepun & Korea Suka Pakai Topeng Muka?

Views

Bagi yang pernah melawati Jepun, atau yang kerap menonton drama-drama Jepun, pasti anda perasan bahawa rakyat Jepun kebanyakannya memakai topeng ketika berada di tempat awam. Ia pasti membuatkan anda tertanya-tanya mengapa. Pada tahun 2013, nilai pasaran topeng muka di Jepun mencecah RM923 juta.

Jika di Malaysia, kita jarang memakai topeng muka, kecuali berlaku pencemaran udara yang teruk, atau anda seorang doktor. iluminasi.com ingin berkongsi 8 faktor utama mengapa orang Jepun memakai topeng muka.

1. Tidak Sihat 
 

Jika melihatkan seseorang memakai topeng muka, apa yang bermain di fikiran anda adalah tidak sihat atau sakit. Apabila anda tidak sihat di Jepun, adalah menjadi kebiasaan untuk anda harus memakai topeng untuk mengelakkan kuman daripada tersebar, lebih-lebih lagi jika anda kerap batuk atau bersin.

Anda dianggap sebagai tidak bertimbang rasa dan kurang sopan jika tidak memakai topeng muka. Jika pihak klinik atau hospital mengesahkan anda demam, mereka akan memaksa anda untuk memakai topeng muka, dan jika anda tak bawa topeng, anda harus beli di klinik tersebut.

2. Elakkan Jangkitan
Walaupun mereka yang tidak sihat memakai topeng muka, namun terdapat juga mereka yang ingkar. Dan bagi Jepun yang kebanyakan kawasan awam mereka dipenuhi orang ramai, anda harus memakai topeng muka untuk mengelakkan daripada dijangkiti kuman daripada mereka yang tidak sihat.

Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan khidmat pengangkutan awam, di bandar seperti Tokyo, selsema sangat mudah dijangkiti. Jika mereka tak mahu memakai topeng ketika sakit, maka anda harus memakai topeng untuk mengelak daripada sakit.

4. Aksesori Fesyen 
 

Ya, Jepun memang agak pelik, semua orang tahu. Topeng muka juga dijadikan sebagai aksesori fesyen di negara ini. Ia tidak seharusnya berwarna putih. Terdapat banyak topeng muka dengan pelbagai corak dan rekabentuk.

Terdapat juga topeng yang mempunyai bau-bauan. 

3. Malas Bersolek 
Menjadi satu kebiasaan bagi wanita di Jepun untuk mengenakan solekan, walaupun hanya untuk ke kedai berhampiran. Dan bagi mereka, memakai topeng muka adalah solusi kepada malas untuk bersolek.

Ia juga boleh dijadikan penutup cela pada muka terutamanya jerawat.

5. Demam Alahan
 

Demam alahan adalah sesuatu yang sangat kerap berlaku di Jepun. Ramai di antara mereka alah terhadap debunga "sugi" (pokok cedar Jepun) atau "hinoki" (pokok cypress Jepun). Dengan memakai topeng muka ketika berada di luar dapat mengurangkan jangkitan demam alahan ketika musimnya. 

6. Pencemaran Udara
Bagi Jepun, negara ini tidaklah dilanda pencemaran udara yang teruk. Namun kadang-kadang udara yang tercemar dari China bertiup ke arah Jepun sehingga membuatkan kawasan sekitar tidak dapat dilihat.

Jadi, mereka terpaksa memakai topeng muka. Terdapat juga topeng muka untuk melindungi daripada pencemaran Particulate matter (PM2.5).

7. Udara Kering
 

Bagi yang pernah menaiki pesawat di Jepun, pasti anda dapat melihat ramai penumpang memakai topeng ini. Udara dalam pesawat di Jepun sangatlah kering, dan dengan memakai topeng muka, mukus membran anda akan berasa lebih lembap. 

8. Bau Busuk
Bau busuk adalah penyebab utama ramai memakai topeng muka. Terutamanya ketika berada di tempat-tempat sesak seperti dalam kereta api. Juga bagi mengelakkan daripada bau asap rokok, mereka memakai topeng ini.

Walaupun tak dapat menghilangkan 100% baunya, sekurang-kurangnya anda berasa lebih selesa.

Sumber : Illuminasi

Tiada ulasan