Header Ads

Terkini

Pelajar Dari UiTM Skudai Ini Berjaya Mencipta Kabel Pintar Yang Mampu Memanjangkan Hayat Bateri Telefon

Views

Menyedari permasalahan yang sering dihadapi oleh pengguna telefon ketika mengecas bateri, dua pelajar Master daripada Universiti Teknologi Malaysia Skudai tampil mencipta kabel pintar yang dikenali sebagai Charby.

Dalam temuramah bersama Astro Awani, dua pelajar terbabit, Lim Thol Yong dan Cheok Ming Jin telah menerangkan bahawa kabel pintar itu dicipta untuk mengatasi masalah jangka hayat bateri dengan cara memutuskan arus elektrik apabila peranti sudah dicas penuh.

 

Selain itu, perbezaan ketara Charby dan kabel pengecasan yang lain adalah ia diperbuat daripada bahan kalis peluru iaitu Kevlar yang mana ia tiga kali lebih tahan daripada kabel biasa.

Menurut Ming Jin, kabel pintar ini bakal berada dipasaran pada bulan April dan dijual pada lingkungan harga RM80.

Tonton sesi temuramah dibawah.


Sumber : Astro Awani

Tiada ulasan