Header Ads

Terkini

Pernahkah Anda Terfikir Kenapa Stereng Kereta Di Luar Negara Sebelah Kiri?

Views

Pernahkah anda terfikir kenapa di dunia ini ada kereta yang pemanduannya sebelah kiri jalan dan ada pula yang disebelah kanan?

Di Malaysia, kita mengamalkan sistem pemanduan disebelah kiri jalan. Bagaimana sistem ini sebenarnya bermula?

Ia dikatakan bermula apabila pengembara bimbang jika mereka diserang ketika dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.

Memandangkan manusia lebih banyak menggunakan tangan kanan, pengembara lebih gemar berjalan disebelah kiri apabila berjalan dengan orang yang datang dari arah hadapan.

Ini kerana kebanyakan orang memegang atau membawa pedang disebelah kanan. Dengan itu, mereka sentiasa bersedia untuk berlawan jika diserang.


Begitu juga kesatria yang menunggang kuda dan memegang tombak ditangan, dia akan cuba berada disebelah kiri.

Selain itu, amalan ini pada mulanya hanya adat tetapi menjadi rasmi pada tahun 1300 oleh Paus Boniface VII yang tidak mahu pergaduhan dikalangan penziarah Kristian. Ketika itu mereka dalam perjalanan ke Rom untuk perayaan Jubli.

Bagi mengelakkan pergaduhan, Paus Boniface VII mengarahkan pengikutnya berada disebelah kiri sebelum semua penduduk mengikut peraturan ini di Britain termasuklah ketika memandu.

Pemanduan disebelah kanan pula bermula apabila peneroka-peneroka mula datang ke Amerika Syarikat.

Pada mulanya mereka memandu kereta kuda disebelah kiri kerana percaya itu adalah adat resam bangsa Eropah. Tapi sebenarnya tidak.


Perkara ini berlaku ada kaitan dengan bagaimana kereta kuda bertutup yang dipanggil 'Skuner prairi' atau kereta kuda bertutup Conestoga dipandu.

Memandangkan tiada tempat duduk dihadapan, pemandu yang mengawal kuda atau lembu jantan akan duduk disebelah kiri dibelakang haiwan itu.


Ia merupakan posisi paling baik untuk pemandu yang menggunakan tangan kanan bagi mengawal haiwan tersebut dengan cemeti.

Apabila ada dua kereta kuda bertembung, mereka akan bergerak kearah kanan masing-masing.

Tujuannya supaya pemandu akan dapat melihat hab tayar kereta disebelah kiri untuk mengelakkan perlanggaran antara satu sama lain.

Pada tahun 1772, satu undang-undang telah diluluskan untuk mengesahkan adat resam memandu disebelah kanan.


Seratus tahun kemudian, kereta mula dicipta dan stereng diletakkan disebelah kiri seperti yang diamalkan oleh pemandu kereta kuda bertutup Conestoga.



Sumber : Sentiasapanas

Tiada ulasan