Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Samsung Galaxy S9 Akan Didedahkan Pada Februari 2018

Views

Samsung kini pada acara CES 2018 berkongsi dengan pihak ZDNet, dimana mereka mengesahkan bakal memperkenalkan Galaxy S9 secara rasminya pada acara Mobile World Congress bulan Februari 2018 ini.

Seperti ramai sedia maklum, Galaxy S9 merupakan salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai untuk permulaan tahun 2018 – sekaligus melihat pelbagai ciri-ciri baru diperkenalkan bersama dengannya. Ia dijangka menawarkan rekaan nirbingkai, dan mungkin turut menyertakan sokongan dwi-kamera seperti yang dibawakan oleh Note 8 sebelum ini.

Pada masa yang sama, pihak Samsung turut berkongsi mengatakan mereka akan memperkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat mereka pada tahun hadapan.

Sumber : ZDNet , Amanz

Tiada ulasan