Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Telefon Pintar Bajet Bawah Rm350 Yang Paling Berbaloi Dimiliki

Views

Benar, telefon Xiaomi yang paling murah kini turun lebih murah. Redmi 5A adalah telefon kelas permulaan yang ditujukan pada pengguna kasual yang hanya memerlukan telefon hanya untuk berkomunikasi.


Dilancarkan pada awal Disember 2017, Redmi 5A hadir menggantikan Redmi 4A dengan spesifikasi yang hampir serupa. Misalnya, ia dikuasakan cip Snapdragon 425 yang bergandingan bersama RAM 2GB. Untuk penyimpanan, ia menerima ruang seluas 16GB yang boleh diperluas melalui slot khas.

Pada bahagian muka, panel beresolusi HD 720p sebesar 5″ diberikan. Ia diapit kamera depan 5MP F2.0 di bahagian dahi dan tiga butang kapasitif pada bahagian dagu.


Menguasakan telefon ini adalah bateri 3,000mAh tanpa pengecasan pantas. Ia lebih kecil berbanding Redmi 4A (3,210mAh).

Hargaya? Dilancarkan pada harga RM399, ia kini dijual pada harga RM339 iaitu RM60 lebih murah. Lekas dapatkan sementara stok masih ada. Pautan: Lazada


Sumber : Soyacincau