Header Ads

Terkini

FINAS Bakal Ambil Tindakan Kepada Penyebar Filem 'DUKUN' Yang Tersebar Baru-Baru Ini

Views

Beberapa hari yang lalu, hangat diperkatakan mengenai filem seram Dukun yang ditayangkan di internet oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab.

Filem Diharamkan

Filem Dukun yang dbintangi Datin Paduka Umie Aida, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, dan Adlin Aman Ramli itu sebenarnya merupakan sebuah filem lama yang dirakamkan pada tahun 2006.


Diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan penyanyi Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam filem yang sepatutnya ditayangkan pada tahun 2007 itu diharamkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.

Bakal Ambil Tindakan


PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional (Finas) memandang serius isu kebocoran filem Dukun di internet dan masih menunggu laporan penuh isu ini memandangkan ianya melanggar isu hakcipta dan harta intelek. Malah FINAS turut berharap pengguna sedar akan tindakan menyebar dan memuat turun kandungan adalah salah di sisi undang-undang,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber : Harian Metro, Hangat

Tiada ulasan