Header Ads

Terkini

Hanya Kerana Tertinggal Kunci Dalam Kereta, Alexis Sanchez Pernah Berlari Sejauh 8km Untuk Balik Ke Rumah

Views

Alexis Sanchez pernah tertinggal kunci dan telefon bimbitnya di dalam kereta yang berkunci dan pulang ke rumah dengan berlari sejauh lapan kilometer (km).

Rakannya di Red Devils mengesahkan insiden itu dan turut menceritakan kepada peminat pasukan tersebut.

Mereka memberitahu kepada wartawan Itali, Pietro Oleotto tentang perkara tersebut dan ia disiarkan menerusi program No 7's di kelab terdahulu pemain itu, Udinese.

Oleotto berkata kepada laman web rasmi United: "Pernah sekali selepas menjalani latihan, Alexis memandu ke Udine untuk membeli-belah.

"Tapi, dia tertinggal kunci dan telefon bimbit di dalam kereta. Saya tak pasti apa yang akan dilakukan oleh orang lain, tapi dia berlari balik ke rumah.

"Dia berjogging sejauh lapan km dari bandar ke rumahnya yang terletak di kawasan bukit.

"Orang awam yang teruja melihat dia berlari dalam pakaian kelabnya telah menghubungi pihak wartawan.

"Memang dia suka ubah satu-satu situasi kepada larian merentas negara."

Sementara itu, bintang baharu Manchester United tersebut berada dalam keadaan terbaik biarpun terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak berpindah daripada Arsenal pada Januari.

Sumber : Mstar

Tiada ulasan