Header Ads

Terkini

Jesse 'Messi' Lingard Berjaya Merobek Gawang Chelsea Sebagai Gol Penentuan Kemenangan Manchester United Yang Berakhir Dengan 2-1

Views

Chelsea tewas dalam perlawanan yang pada awalnya ada potensi untuk mereka menangi. Segalanya nampak sempurna apabila Willian meneruskan kecemerlangan dengan jaringan pendahaluan.

Willian meneruskan aksi cemerlang beliau selepas persembahan memukau menentang Barcelona sebelum ini. Namun begitu, jaringan minit ke-32 oleh Willian dibalas oleh Lukaku dengan segera pada minit ke-39.


Pada separuh masa kedua, Manchester United agak bergelut untuk memecahkan kubu Chelsea. Begitu juga dengan pasukan Chelsea yang turut gagal untuk lebih tajam di ‘final third’.


Kemasukan Lingard ternyata memberikan kesan apabila beliau menanduk masuk hantaran lintang Lukaku. Christiansen pastinya sekali lagi menjadi sasaran pundit selepas kesilapan beliau pertengahan minggu lalu.

Willian memberikan respon segera namun percubaan beliau mudah dihadang oleh De Gea. Conte melakukan beberapa pertukaran dengan mengeluarkan Eden Hazard.

Beliau menggunakan 2 ‘target man’ dengan kemasukan Giroud selepas itu yang digandingkan dengan Morata.

Selepas gol itu, United memperkemaskan barisan pertahanan mereka. Peluang terbaik Chelsea hadir pada minit ke-86 apabila hantaran kemas Fabregas disudahkan Morata. Namun penjaga garisan menyatakan jaringan itu ofsaid.

Chelsea gagal untuk menyamakan kedudukan dalam babak akhir perlawanan. Manchester United menang 2-1 dan kembali semula ke tangga ke-2.


Chelsea pula berada di tangga ke-5 di belakang Spurs yang naik ke tangga ke-4 selepas skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu menang dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Sumber : Semuanya Bola

Tiada ulasan