Header Ads

Terkini

Kesian, Beli iPhone 8 Online Tapi Bila Sampai Dapat Seketul Sabun

Views

Sekarang ini, sudah menjadi trend di kalangan pelanggan untuk membeli-belah di atas talian berbanding daripada membelinya terus daripada kedai kerana mahukan penjimatan yang hanya dapat diberikan oleh penjual-penjual di atas talian.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Tabrez Mehboob Nagaralli, 26 tahun telah menjadi mangsa setelah beliau membeli sebuah telefon iPhone 8 yang bernilai RM3,300 daripada sebuah laman web Flipkart pada 21 Januari yang lepas.


Perkara ini hanya disedari beliau pada keesokkan harinya, setelah iPhone barunya itu selamat tiba di pejabatnya.

Apabila membuka kotak telefon barunya itu, Tabrez sangat terkejut setelah mendapati kotak itu mengandungi seketul sabun berwarna merah jingga di dalamnya.

Tabrez memberitahu,

Penghantar bungkusan itu kemudiannya telah pulang setelah mendapatkan tandatangan digital beliau. Seorang rakan dan seorang lagi rakan sepejabat telah menjadi saksi ketika saya membuka kotak ini dan setelah saya membukanya, saya mendapati kotak ini hanya mengandungi seketul sabun yang berwarna merah jingga.


Kecewa dengan insiden tersebut, Tabrez kemudiannya telah menelefon pusat khidmat pelanggan untuk membuat aduan. Seorang pegawai khidmat pelanggan yang menerima aduan Tabrez berjanji untuk menyelesaikan masalah itu sebelum 25 January namun sehingga kini, 2 Februari isu ini masih belum dapat diselesaikan.

Setelah berkali-kali menelefon, saya kemudiannya telah diberitahu bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa setelah telefon itu menjadi hakmilik saya. Mereka turut menuduh saya cuba menipu dan menyalahkan saya kerana cuba untuk mengambil kesempatan. Saya kemudiannya telah di-‘ban’ daripada menggunakan laman web itu lagi.


Setelah disenaraihitamkan oleh Flipkart, Tabrez kemudiannya telah mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terdapat syarikat tersebut kerana percubaan mereka untuk menipu dan memperdayakan mangsa.

Sumber : Taiko TV

Tiada ulasan