Header Ads

Terkini

Kesian, Pasangan Ini Sanggup Jual Segala Harta Benda Untuk Membeli Sebuah Bot Untuk Mengelilingi Dunia, Tetapi Karam Sebelum Bertolak

Views

Sepasang suami isteri menjual kesemua harta mereka untuk membeli sebuah bot yang digunakan untuk belayar mengelilingi dunia namun tidak sempat merealisasikan impian tersebut apabila bot yang dibeli mereka karam dalam masa 20 minit semasa digunakan.


Kejadian tersebut berlaku di teluk Mexico yang terletak berhampiran pantai Madeira menyaksikan bot sepanjang 28 kaki itu melanggar sesuatu sebelum karam.

Bagaimanapun pasangan Tanner Broadwell dan Nikki Walsh serta anjing mereka dilaporkan selamat dari kemalangan itu.

Keadaan bot sebelum karam

“Saya jual semuanya untuk melakukan pelayaran ini dan saya kehilangan semuanya dalam masa 20 minit.





“Saya tidak akan berputus asa sebaliknya akan beli bot baru. Kami tidak boleh berputus asa,’’ ujar Tanner.

Sumber : Siakap Keli, Daily Mail

Tiada ulasan