Header Ads

Terkini

Samsung Galaxy S9 & S9+ Akan Berada Di Pasaran Bermula 16 Mac Ini, Harga Sekitar Rm3299 - RM4399

Views

Samsung hari ini telah melancarkan Samsung Galaxy S9/S9+ secara rasminya, dan kini pihak Samsung Malaysia turut berkongsi lanjut mengenai penawaran peranti berkenaan untuk pasaran tempatan.

Di Malaysia, pengguna boleh melakukan pra-tempahan bermula daripada 1 Mac hingga 4 Mac ini. Pada tempoh pra-tempahan, pengguna akan ditawarkan dengan fon kepala Harmon Kardon bernilai RM699 secara percuma.


Untuk penawaran variasi, hanya satu model Galaxy S9 ditawarkan, iaitu Samsung Galaxy S9 64GB pada harga RM3299.

Untuk model Galaxy S9+ pula, sebanyak tiga model akan ditawarkan. Galaxy S9+ 64GB ditawarkan pada harga RM3799, Galaxy S9+ 128GB pada harga RM3999, dan akhir sekali Galaxy S9+ 256GB pada harga RM4399.


Samsung akan menawarkannya secara rasmi di kedai tempatan bermula 16 Mac 2018 ini, dan tiga warna akan ditawarkan, iaitu hitam, biru dan juga ungu.


Sumber : Amanz

Tiada ulasan