Header Ads

Terkini

Misteri Kehilangan Budak Lelaki 13 Tahun, Nicholas Barclay Yang Sangat Aneh Dan Tidak Dapat Diselesaikan Hingga Hari Ini

Views

Nicholas Barclay ketika itu berumur 13 tahun meminta bantuan abangnya melalui panggilan telefon untuk datang mengambilnya balik ke rumah di sekitar kawasan kejiranan San Antonio, Texas tetapi tidak dilayan oleh abangnya.

Tidak disangka rupanya itulah panggilan terakhir dari Nicholas dan semenjak dari hari itu, Nicholas langsung tidak dapat dijejaki sehinggalah 3 tahun selepas kehilanganya, Nicholas akhirnya membuat panggilan telefon tetapi kali ini dari Sepanyol! Kisah seterusnya ini bakal membuatkan anda keliru dan pelik tetapi sebelum itu berbalik semula kepada ketika masa Nicholas hilang selama 3 tahun.

Pada hari Nicholas hilang, hari tersebut berjalan seperti biasa apabila Nicholas ketika itu sedang bermain bola keranjang dengan rakan-rakannya pada 13 Jun 1994. Ketika itu, ibu Nicholas iaitu Beverly, sedang nyenyak tidur selepas kepenatan bekerja syif malam. 

Selepas habis bermain bola keranjang, Nicholas membuat panggilan ke rumah yang pada ketika itu dijawab oleh abangnya, tetapi abangnya malas untuk mengejutkan ibu mereka semata-mata untuk mengambil Nicholas pulang kerumah kerana biasanya beliau mampu untuk pulang sendiri.


Apabila Nicholas tidak pulang ke rumah setelah beberapa hari, keluarga beliau mula risau dan membuat laporan polis. Walaubagaimanapun, polis beranggapan Nicholas hanya melarikan diri dari rumah dan akan balik dalam beberapa hari.

Ini kerana, sebelum ini Nicholas sudah beberapa kali melarikan diri dari rumah dan beliau dikenali kerana kenakalan dan sifat liar beliau. Nicholas seorang yang panas baran dan sering kali memukul ibunya. Beliau juga mempunyai beberapa rekod jenayah seperti menceroboh kedai runcit, mencuri kasut, dan memeras ugut gurunya.

Beliau sepatutnya perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah akibat jenayah yang dilakukannya pada hari kehilangan beliau oleh kerana itu, polis menganggap kehilangannya adalah tindakan beliau untuk melarikan diri daripada perbicaraan. 

Apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana budak yang baru berumur 13 tahun yang telah hilang beberapa minggu tanpa makanan dan duit.

Nicholas mempunyai tatu dibahunya sejak dari umur 11 tahun

Langsung tiada jawapan didalam kes ini, dan semakin banyak persoalan yang berlaku semasa kehilangannya yang telah berlalu selama beberapa bulan. Selepas beberapa bulan kehilangannya, polis telah terpanggil ke rumahnya apabila ibu dan bapanya bergaduh dan punca mereka bergaduh adalah kerana berbincang mengenai kehilangan Nicholas.

Tiba-tiba 3 bulan selepas kehilangan Nicholas, polis mendapat panggilan daripada keluarga Nicholas sendiri dan memaklumkan yang Nicholas sudah pulang ke rumah.

Apabila polis tiba di rumah, Jason iaitu abang Nicholas menceritakan kepada pihak polis bahawa dia terserempak dengan adiknya yang sedang cuba memecah masuk garaj rumah mereka. Puas pihak polis mencari sekitar rumah tersebut tapi malangnya tidak menjumpai kelibat Nicholas langsung. Polis tidak mempercayai cerita abangnya itu dan menganggap cerita tersebut adalah palsu.

Selepas itu, kehilangan Nicholas terus menjadi tanda tanya sehingga 3 tahun berlarutan lamanya, sehinggalah pada suatu hari misteri kehilangan Nicholas menjadi semakin rumit dan mengelirukan.

Pada Oktober 1997, Pusat Kebangsaan Untuk Kehilangan & Eksploitasi Kanak-Kanak di Virginia mendapat panggilan misteri daripada seseorang di Linares, Sepanyol. Dalam panggilan tersebut menyatakan bahawa seorang budak lelaki dari Amerika muncul dari pusat lindungan belia dan mendakwa berjaya melepaskan diri daripada sindiket pemerdagangan seks remaja bawah umur. Selepas memberi butiran yang tepat, budak lelaki dari Sepanyol itu disahkan adalah Nicholas Barclay yang hilang sejak 3 tahun yang lalu.

Keluarga Nicholas dimaklumkan mengenai berita tersebut lalu kakaknya, Carey terus pergi ke Sepanyol untuk membawa adiknya yang hilang itu ke Amerika semula setelah memastikan bahawa lelaki itu adalah benar-benar adiknya. Nicholas diberikan passport Amerika dan kembali ke pangkuan keluarganya semula di San Antonio, Texas.

Ketika perjumpaan Nicholas bersama keluarganya bercampur perasaan sedih dan gembira berlangsung, ada sesuatu yang meragukan keluarganya. Apa yang menjadi keraguan adalah wajahnya langsung tidak sama dengan Nicholas! Ianya kerana Nicholas mempunyai rambut berwarna 'blonde' dan mata bewarna biru, manakala lelaki yang dikatakan sebagai Nicholas itu mempunyai rambut bewarna coklat dan mata bewarna coklat!

Lebih mengejutkan Nicholas juga mempunyai loghat Perancis!

Nicholas mendakwa matanya berubah warna akibat daripada bahan kimia yang dititiskan oleh penculiknya hari-hari sehingga menjadi warna coklat. Rambutnya juga dikatakan diwarnakan menggunakan kimia khas dimana rambutnya akan menjadi coklat selama-lamanya.

Kiri - wajah Nicholas ketika sebelum hilang dan gambar kanan adalah gambar lelaki yang mendakwa beliau adalah Nicholas.

Loghat Perancis pula dikatakan terhasil kerana terlalu lama duduk di Eropah. (WTF, baru 3 tahun woi). Apa yang mengejutkan, keluarga Nicholas percaya bahawa lelaki tersebut adalah Nicholas yang sebenar.

Walaupun keluarga Nicholas mengesahkan bahawa lelaki tersebut adalah Nicholas, pihak polis dan kawasan kejiranan yang lain mempunyai sedikit keraguan. Penyiasat persendirian, Charlie Baker, mendapat tahu mengenai kes tersebut dan muncul bersama wartawan di rumah Nicholas untuk sesi temubual mengenai kehilangannya. Keluarga Nicholas pada mulanya tidak mahu sebarang perhatian daripada pihak media, tetapi Nicholas mahukannya.

Nicholas dengan yakin dan lancar menceritakan pengalamanya ketika diculik dan menjawab sesi soal jawab dengan wartawan tanpa sebarang aksi yang mencurigakan. 

Ketika sesi temubual berlangsung, Charlie Baker, penyiasat persendirian itu tadi terlihat sekeping gambar Nicholas ketika beliau berumur 13 tahun. Charlie merenung wajah Nicholas sambil memandang gambar tersebut berulang kali untuk membezakan wajahnya. Charlie menyedari perbezaan yang ketara dari segi bentuk tubuh badan terutama bentuk telinganya yang jauh berbeza. 

Bentuk telinga setiap manusia adalah berbeza sama seperti cap jari dan Charlie memang sudah mengetahui fakta tersebut. Telinga manusia tidak akan berubah sama sekali sejak dari lahir. Apabila Charlie membandingkan bentuk telinga Nicholas dengan gambar lamanya, langsung tidak sama.

Memang sah lelaki yang sedang di temu bual tersebut bukanlah Nicholas!

Lelaki penyamar tersebut sudah tinggal dengan keluarga Nicholas selama 6 bulan sebelum FBI mendapat perintah mahkamah untuk menyiasat identiti lelaki tersebut dengan lebih terperinci. Selepas berjaya mengambil sampel cap jari dan darah, FBI berjaya membuktikan bahawa lelaki tersebut sememangnya bukan Nicholas, tetapi adalah seorang lelaki Perancis berumur 23 tahun bernama Frederic Bourdin dan dia adalah seorang penjenayah yang dikehendaki di Perancis!

Bourdin, diberi nama "The Chameleon" oleh pihak media di Perancis, telah mencuri sebanyak 40 identiti sebelum mencuri identiti Nicholas Barclay. Bourdin menggunakan peluang untuk mencuri identiti Nicholas selepas mengetahu berita kehilangan Nicholas dan segera mengambil peluang tersebut untuk meyelamatkan diri.

Wajah Frederic Bourdin

Selepas identiti Bourdin didedahkan, beliau mendakwa bahawa keluarga Nicholas juga sudah sedia maklum bahawa beliau bukanlah Nicholas dan mendakwa juga bahawa keluarga Nicholas sengaja menerima beliau sebagai Nicholas kerana ingin menutupi kes kehilangan Nicholas kerana mereka telah membunuh Nicholas dan menyorokkan mayatnya.

Bourdin juga memberitahu media bahawa keluarga Nicholas memberikan segala maklumat secara terperinci mengenai Nicholas untuk beliau mempelajari tindak tanduk dan segala sifat-sifat yang ada dalam Nicholas supaya beliau dapat menirunya.

Bourdin juga telah menuduh Jason iaitu abang kepada Nicholas bahawa Jason sudah mengetahui Bourdin bukanlah adiknya dan Jason tahu apa yang telah berlaku terhadap Nicholas.

Selepas penipuan penyamaran Bourdin telah didedahkan, beliau dipenjarakan selama 6 tahun. Pihak polis meragui keluarga Nicholas selepas pengakuan daripada Bourdin didedahkan tetapi tidak menjumpai apa-apa bukti yang kukuh.

Parker, seorang penyiasat FBI telah menyoal abang Nicholas iaitu Jason mengenai kehilangan adiknya dan mengatakan bahawa beliau tahu Jason ada terlibat dengan kehilangan tersebut. Jason hanya merenungnya tanpa memberikan sebarang respon. Beberapa hari kemudian, Jason dijumpai mati akibat telebih dos kokain.

Sehingga kini, kes ini tidak dapat diselesaikan. Bourdin juga ketika waktu ini sudah dibebaskan dan sudah berkahwin dan mendapat anak. Keluarga Nicholas juga menjalani kehidupan seperti biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

Adakah Bourdin dalang kepada penculikan Nicholas yang sebenar? Ataupun adakah keluarga Nicholas yang membunuh Nicholas lalu menanam mayatnya di suatu tempat rahsia? 

Kes misteri ini sudah pun mempunyai dokumentarinya sendiri di rancangan tv di Amerika bertajuk “The Imposter”. Anda boleh tonton dibawah tetapi ingin saya ingatkan bawah anda akan kecewa dengan pengakhiran dokumentari ini kerana langsung tiada penamat yang kukuh dan akan menyebabkan banyak persoalan yang bermain diminda.

Bayangkan FBI Amerika terkenal dengan kehebatan mereka meyiasat kes-kes seperti ini tetapi gagal langsung untuk menyelesaikannya sehingga kini.

Tiada ulasan