Header Ads

Terkini

Beli Huawei Mate 30 Free Huawei P30? Perghh Syoknya!

Views

Telefon pintar Huawei Mate 30 telah mula dijual di Malaysia dan Celcom kini membuat tawaran yang sangat menarik, dua telefon pintar hebat Huawei pada satu harga sahaja. Sudah pasti, ada terma dan syarat yang perlu dipenuhi tetapi nilainya sangat berbaloi jika memenuhi keperluan anda.


Celcom kini menawarkan promosi beli 1 percuma 1 untuk telefon pintar Huawei Mate 30. Telefon percuma yang diberikan ialah Huawei P30. Tetapi untuk mendapatkannya, anda perlu melanggan pelan pascabayar Celcom Mobile Platinum (RM148/bulan) atau Celcom Mobile Platinum Plus (RM188/bulan), bersama 1 talian Celcom Mobile Family (RM48/bulan).


Sudah pasti, anda juga perlu menandatangani kontrak selama 24-bulan untuk promosi ini. Harga telefon Mate 30 bagi pelan Platinum ialah RM1,699 manakala pelanggan Platinum Plus pula membayar RM1,599 sahaja. Deposit juga perlu diberi sebanyak RM1,000 bagi pelan Platinum dan RM1,500 bagi Platium Plus. Deposit ini akan dimasukkan di dalam bil akan datang pengguna.

Menarik kan, bayar telefon berharga RM1,699 + RM1,000 deposit boleh dapat 2 telefon pintar berkuasa tinggi, Mate 30 dan P30. Selain itu, pelanggan juga menerima hadiah percuma bernilai RM605 iaitu jaminan tambahan tahun kedua, jaminan perlindungan skrin selama sebulan, casing dan juga pengecas kereta wayarles.


Jika berminat dengan tawaran beli 1 percuma 1 ini, ia hanya boleh didapati di cawangan Bluecube serta rakan peniaga eksklusif Celcom di seluruh negara. Selagi stok masih ada. Maklumat lanjut promosi ini boleh dirujuk di ruangan FAQ di sini. 

Sumber : Soyacincau

Tiada ulasan