Oh Yeah : Misteri Kehilangan Jim Thompson Di Cameron Highland

Jangan biarkan hidup anda diselubungi missssteriiiiiii...

Siapakah Jim Thompson? Jim Thompson atau nama penuhnya James Harrison Wilson Thompson merupakan seorang ahli perniagaan warga Amerika Syarikat yang membantu menggiatkan semula perniagaan tekstil dan sutera Thai lewat tahun 1950-an dan 1960-an. Jim Thompson dilahirkan di Greenville, Delaware, Amerika Syarikat pada 21 Mac 1906 dan pernah berkhidmat dengan Tentera Amerika Syarikat dalam bidang perisikan ketenteraan. Jim Thompson dilaporkan hilang pada 26 Mac 1967 di Cameron Highlands, Malaysia. Jim Thompson masih belum ditemui sehingga kini dan kehilangannya telah menjadi suatu misteri. Kehilangannya juga dikaitkan dengan berbagai kisah dan teori, sama ada pengkhianatan, jenayah mahupun kisah-kisah mistikal. Ada juga mengaitkan misteri ini dengan mawas berbadan besar (bigfoot).


Jim Thompson


Semasa Perang Dunia Kedua, Jim Thompson telah diliwat direkrut oleh William Joseph Donovan dan dilantik sebagai pegawai bertauliah di dalam Jabatan Perkhidmatan Strategik (OSS) di mana pada tahun 1947 jabatan tersebut telah dibubarkan dan dikenali sebagai Agensi Perisikan Pusat (CIA). Thompson yang fasih berbahasa Perancis telah menjalankan beberapa misi berbahaya di Perancis sewaktu pendudukan tentera Jerman. Selepas kemenangan di Eropah (7 Mei - 8 Mei, 1945), Thompson telah ditukarkan ke Sri Lanka. Dia dalam perancangan untuk ditempatkan di Thailand apabila tentera Jepun menyerah kalah dalam bulan Ogos - September pada tahun yang sama yang sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.

Klik link dibawah untuk sambungannya..

Thompson tiba di Thailand beberapa minggu selepas pihak Jepun menyerah kalah dan Thompson ditugaskan untuk menyelia pejabat OSS di Bangkok. Setelah menamatkan khidmatnya bersama Tentera Amerika Syarikat, Jim Thompson kembali ke Amerika untuk membawa isterinya ke Thailand. Bagaimanapun isterinya enggan mengikutnya ke Thailand dan akhirnya mereka bercerai. Thompson kembali ke Bangkok. Bersama rakan-rakannya, Thompson telah melakukan pengubahsuaian kepada Hotel Oriental. Kemudian Thompson bekerja bersama beberapa orang pelabur Thai dan menubuhkan Thai Silk Company pada tahun 1947.

Walaupun dia telah meninggalkan bidang ketenteraan dan perisikan, namun ramai yang mengesyaki Thompson masih melakukan kerja-kerja penyamaran untuk CIA. Semasa Perang Vietnam, kawan rapatnya (juga merupakan rakannya di dalam OSS) iaitu General Edwin Black menjadi ketua operasi Tentera Udara Amerika Syarikat di Laos dan berpengkalan di Thailand. Thompson menumpukan sepenuhnya untuk menggiatkan semula industri kecil menenun sutera menggunakan tangan, yang merupakan kemahiran yang diwarisi oleh wanita Thailand selama berkurun bagaimanapun ia sudah tidak lagi popular.

Thompson menemui kaum Cham yang beragama Islam, mahir dalam menenun sutera di kawasan Bankrua berhampiran Bangkok dan membekalkan mereka dengan alat-alat untuk menenun, mewarna dan bantuan teknikal. Thompson juga dikatakan membantu beribu-ribu penduduk miskin Thailand keluar daripada belenggu kemiskinan. Dia dikatakan memberikan sebahagian daripada saham-sahamnya dalam Thai Silk Company kepada penduduk-penduduk miskin ini. Thompson dikatakan hilang sewaktu keluar berjalan-jalan di Cameron Highlands, Malaysia pada hari Ahad, 26 Mac 1967.

Selepas kehilangan Thompson, Thai Silk Company telah memindahkan operasinya ke Khorat, sebuah bandar yang menjadi pengkalan operasi untuk Tentera Di Raja Thailand. Rumah Jim Thompson di Bangkok kini dijadikan sebagai muzium yang menempatkan beberapa ukiran dan hasil seni daripada Thailand yang dikumpul oleh Jim Thompson. Selain dikenali sebagai Raja Sutera, Thompson juga dikenali sebagai pengumpul barang-barang seni.


Di dalam novel Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis, episod ke-20 iaitu Memburu Raja Pukau, ada diselitkan kisah tentang Datuk dijemput untuk membantu polis mencari seorang saudagar sutera berbangsa Amerika yang hilang di Cameron Highlands. Datuk memberitahu bahawa saudagar tersebut telah menjadi tawanan kepada sekumpulan makhluk menyerupai monyet dan disembunyikan di dalam sebuah gua. Bagaimanapun pendapat datuk itu tidak diterima oleh pihak polis. Operasi mencari saudagar tersebut gagal. Saudagar yang dimaksudkan itu kemungkinan besar adalah Jim Thompson.

Comments

  1. perghh naice kot TJ SBDJ ahaha sila baca sampai habis ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei, join la blog gua, ramaikan followers

      Delete

Post a Comment

Popular Posts