Oh Yeah : Koleksi Gambar Hantu Terperangkap Dalam Botol

Hngghhhhh...

Aku pernah mengalami kejadian mistik ni berlaku depan mata aku. Masa tu kakak aku baru beli rumah teres 2 tingkat. Mula-mula duduk tu, ok je. Tapi lepas 2 minggu, 2 orang anak dia masa tu masing-masing berumur 3 dan 1 tahun menangis siang malam sampai tak leh blah rasanya. Pergi klinik, doktor kata sihat je. Apalagi, g la jumpa pawang. Pawang datang umah kira-kira kul 7 petang dekat-dekat nak maghrib dah. 

Pawang tu datang je dia dah tahu rumah baru dibeli tu sebenarnya kawasan makhluk halus sebelum rumah tu dibina. Memang betul pun, sebelum tu kawasan tu hutan tebal je. Jampi punye jampi, aku nampak pawang tu masukkan sesuatu dalam botol. Rupa-rupanya dia berjaya tangkap makhluk halus tu dan terus masukkan dalam botol. Senang je nak tangkap sebab makhluk halus tu tak ganggu orang, ianya hanya sukakan budak-budak. 

Dengan secara tak sengaja, kakak aku tangkap le gambar botol tu pakai henpon. Masa tengok pakai mata kasar, tak nampak apa-apa pun. Tapi, bila tengok kat henpon, perghhhh, terus naik bulu roma dan bulu lain-lain. Ade penampakan 4 cahaya yang tak berapa nak jelas, dan ada bentuk macam telinga tajam keatas (macam watak Golum dalam Lords Of The Rings tu). Peh!! Seram siak. 

Malangnya gambar tu takde kat aku skang ni, sebab ade kat kakak aku di Sarawak. So, amaran keras, jangan sekali-kali bawak atau amik botol yang dibuang kat sungai. Okla, bawah ni just gambar selingan je nak tengok gambar sebenar, sila klik link dibawah.








Comments

Popular Posts