Oh Yeah : Maksud BARUA Dalam Konteks Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ok, dah tahu.

Saje je aku carik maksud perkataan 'Barua' ni, sebab selalu dengar orang dok sebut-sebut kan. So, skang nih aku dah tahu ayat ni banyak digunakan dalam politik. Padahal sebelum ni aku main sebut je kalau geram atau marah. Hahahahaha. Ok, artikel bawah ni aku cedok daripada blog OnlyMeMoo. Kepada sape yang tak tahu lagi, sila baca.


BARUA mempunyai pelbagai maksud ???

saya sendiri pun tak tahu maksud BARUA yang sering di gunakan oleh manusia zaman kini, hal ini disebabkan, saya di besarkan dengan kehidupan yang berteraskan BAHASA KAMUS jadi, saya acap kali kebingungan apabila mendengar bahasa asing yang maksudnya tidak terkandung di dalam KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA~


Oleh itu, tidak hairanlah jika sekiranya ramai orang mengatakan bahawa saya ini seorang yang blur ataupun bodoh, sebabnya, saya benar-benar tidak memahami erti sebenar kata-kata kalian. Tujuan sebenar saya menulis artikel ini, saya ingin menunjukkan bahawa perkataan BARUA ini mempunyai pelbagai keindahannya :DD perbezaannya bukan setakat antara Negeri, malahan Negara~tetapi, ramai yang tidak mahu mengambil tahu erti sebenar BARUA ini~sebelum anda semua di labelkan sebagai JAHILIAH ataupun manusia yang TAK BERTAMADUN, apa kata anda bertindak seperti orang-orang yang tinggi ilmu pengetahuannya.



Di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Kedua tahun 1996 dan mendapati bahawa perkataan BARUA telah dikemukakan pada mukasurat ke-110. Ini yang penulis dapati dalam penulisan yang tersurat :

BARUA: 

1. orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda, jaruman.
2. kata makian.

sekarang, saya nak tunjukkan perbandingan maksud BARUA ini di Malaysia mengikut peredaran zaman.


MALAYSIA DAHULU
BARUA diaplikasikan sebagai orang ketiga dalam sebuah kejahatan.

MALAYSIA LAMA
BARUA didefinisikan sebagai kuli atau kedudukan tahap rendah.

MALAYSIA KINI
Maksud saintifik BARUA ialah pengkhianat, bahasa kamusnya tali barut. Ada juga yang mengatakan BARUA ini kaki report. Tapi, bila kita pergi ke Negara lain, contohnya Bangladesh, maksud BARUA menjadi lain. Lebih jelas BARUA ini menandakan sebuah pangkat atau darjat.

BANGLADESH
BARUA adalah satu gelaran terhormat, yang di kaitkan keturunan penganut Buddha. Dan mengikut kajian, gelaran ini jika di ikut susur galurnya, ianya membawa maksud "pemimpin besar dari Arya" dan "ketua bagi ratusan orang". (pemimpin besar atau ketua itu, kalau di rujuk di Malaysia, tarafnya seperti gelaran Dato' atau YB).


SATU KESEPAKATAN YANG DAPAT DI MANIFESTOKAN

Seandainya, penganut Budhha ini ketua memanggil atau mengelarkan ketua mereka "barua", janganlah anda menghina atau menggelakkan atau menyalah ertikan keranya, BARUA bagi penganut mereka mencerminkan jati diri mereka.


TETAPI,
Sesetengah rakyat di Malaysia, melihat mereka-mereka yang dari sifat pekerjaan yang remeh (mereka yang melakukan kerja remeh) dan kelas rendah sebagai BARUA.

DAN,

ada juga di antara rakyat Malaysia yang mengaplikasikan BARUA sebagai perkara-perkara yang negatif seperti PENGKHIANAT, TALI BARUT ataupun KAKI REPORT.
hah~ sudah nampak perbezaannya? pandai!

Oleh itu, jadilah Rakyat yang BIJAK~
BAHASA KAMUS sememangnya HEBAT.

Originaly By:

Mrs. Orange Oreoca

Comments

Post a Comment

Popular Posts