Header Ads

Terkini

Kisah Benar - Ramai Perempuan Muka Je Cantik, Tapi Pengotor Dan Pemalas Tahap Siamang

Views

Pernah dengar orang selalu bercakap ‘cantik dekat luar tak semestinya cantik dekat dalam’? Tidak bermakna jika kita lihat pada luaran seseorang itu cantik bermakna hati, sifat, dan tingkah lakunya juga baik.

Malah, buruk dekat luar juga tidak bermakna, hati sifat dan tingkah laku orang itu juga tidak baik. Sebaik-baiknya kita janganlah menilai seseorang itu dari luaran.

Itulah yang dialami wanita ini, dahulu dia memang tidak percaya bila ada orang kata “cantik dekat luar tak semestinya cantik dekat dalam”. Bagi dia, kalau luar cantik, dalam apatah lagi. Namun, persepsi itu mulai berubah bila bertemu dengan seorang wanita ini beberapa tahun dulu.


“Aku tulis benda ni bukan sebab aku nak mengutuk atau memburukkan perempuan, cuma ini sebagai peringatan untuk kaum hawa di luar sana. Rasanya benda ni terlampau common untuk diceritakan. Tapi, aku akan cerita juga kerana benda ni memang amat mengejutkan aku. Apa yang aku nak ceritakan di sini ialah mengenai kecantikkan luaran dan dalaman.

“Terus terang aku katakan, aku memang tak pernah berjumpa dengan perempuan seperti dia. Aku kenal si A ni dah lama. Pandangan pertama aku, dia ni memang lawa, baik pulak tu. Kulitnya putih. Bajunya sentiasa kemas dan juga bergaya. Nak dijadikan cerita, aku dan dia sebilik. Mula-mula dia masuk, seronoklah aku. Yelah, siapalah yang tak nak berkawan dengan orang lawa dan hot ini. Tapi itu tak menunjukkan yang aku ini suka kawan orang lawa sahaja.

“Tapi, perasaan seronok itu tak lama. Aku mulai berasa geram dengan sikapnya. Biar aku ceritakan di sini. Walaupun kita orang sebilik, tapi kami duduk di lain compartment. Hanya meja belajar yang merapatkan kami. Aku ini bukanlah pembersih sangat tapi aku memang pantang kalau ada barang orang lain bersepah atas meja aku. Kalau setakat alat tulis itu, aku tak kisah, tapi ini baju kotor. Kalau sekali dua tak apa, ini berminggu-minggu.

“Itupun sebab aku yang kemas. Kalau tak, mahu sampai ke habis sem bajunya terletak atas meja aku. Sebenarnya meja belajar dia terletak bersebelahan dengan meja aku. Disebabkan itulah, kalau mejanya bersepah, meja aku turut terkena tempiasnya. Nak tak nak aku pun terpaksa mengemas mejanya sekali. Tapi, dia pula hanya bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bagaikan aku ni bibik dia pula!

“Mula-mula aku boleh bersabar. Tapi satu hari tu, kemarahan aku mulai meluap-luap. Ketika itu, semua pelajar pulang bercuti selama seminggu, tapi aku pula pulang awal ke kolej kerana ada kerja yang aku kena selesaikan. Sebaik sahaja aku masuk bilik, aku mengucap panjang melihat meja dan katil si A yang tak ubah macam dalam rancangan clean house tu!

“Aku mulai naik darah kerana sebelum balik, aku sempat berpesan kepadanya supaya membersihkan bilik terlebih dahulu memandangkan aku terpaksa balik awal. Aku terus membersihkan meja dan katil si A yang penuh dengan baju-baju kotor dan juga plastik makanan. Aku kemas bukan sebab dia, aku kemas sebab bilik kami banyak kali diberi amaran kerana kotor. Kalau tak mahu duit melayang, terpaksalah bersihkan bilik walaupun hati tu tak berapa nak ikhlas.

“Beberapa hari kemudian, aku sengaja berdiam diri bagi melihat reaksinya sebaik sahaja melihat katil dan mejanya yang sudah bersih itu. Namun, seperti biasa, dia hanya membuat muka selamba dan langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi terkejut. Nak ucap terima kasih apatah lagi. Adakah dia memang mengharapkan aku mengemas untuknya?

“Kebersihan itu satu hal. Lagi satu hal, bangun lambat. Bayangkan, kelas pukul 8, pukul 7.30 baru bangun. Yang paling aku tak tahan,dia sempat lagi bermake-up walaupun kelas bermula 5 minit lagi. Siap bawak set make-up pulak tu depan cermin. Sudahlah kelas agak jauh dari asrama kami. Aku juga banyak kali dengar rungutan dari classmate dan lecturer yang mengatakan dia selalu datang lewat ke kelas.

“Sebagai roommatenya, aku semestinya bertanggungjawab dalam hal ni. Solatnya juga sering dilewat-lewatkan. Subuh pun selalu terlajak. Bukannya aku tak pernah kejut dia suruh bangun awal, tapi dah memang sikapnya yang memang takkan bangun awal.Kadang-kadang aku rasa berdosa membiarkan dia melalaikan solatnya.

“Aku cuba menegur dan menasihatinya secara berkias. Dia seperti tak faham dengan kiasan aku. Aku tak tahulah jika dia terlampau innocent atau buat-buat tak faham. Takkan aku nak guna kekerasan baru dia faham pulak kan. Lagipun dia dah besar, patutnya dia boleh fikir sendiri. Aku pernah meminta untuk berpindah bilik, tapi tak dibenarkan. Nanpaknya aku terpaksa bertahan dengannya selama beberapa bulan. Dan sejak tu aku malas mahu mengemas mejanya lagi. Lantaklah kena denda pun.

“Habis saja sem,aku tak berjumpa dengannya lagi. Dia sudah ditukarkan ke bilik lain dan dengar cerita roommatenya yang baru turut mengalami nasib yang sama seperti aku. Walauapapun, dia tetap salah seorang kawanku yang paling baik sekali. Aku suka berkawan dengannya, cuma itulah, bila bab kebersihan dan solat, dia agak kurang. Lagipun tak semua orang sempurna.

“Apa yang aku nak katakan disini ialah sebagai seorang perempuan, kita seharusnya membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa kita bukanlah anak dara pemalas seperti yang dikatakan oleh mereka. Praktislah dari sekarang sebelum mendirikan rumah tangga nanti. Jangan duk sibuk membelek muka, tapi bilik bersepah macam tongkang pecah,” ujarnya.

Sumber : UtaraNews

Tiada ulasan