Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Perbezaan Bayaran Bulanan Untuk Myvi 1.5 SE Dengan Honda Jazz CKD Baru Hanya RM100??!!

Views
Walawehhhhh!!

Arghhh.. kepada member-member aku semua yang tak beli kereta lagi, aku sarankan korang amik kereta ni. Honda Jazz tu beb!! Warghhhh... jelesnye. Berita baik untuk mereka yang ingin membeli kereta baharu. Honda Malaysia telah pun melancarkan Honda Jazz yang dipasang di Melaka dengan harga RM74,800. Harga ini ini ialah OTR termasuk dengan insuran. Sebelum ini harga Honda Jazz CBU yang diimport dari Thailand ialah RM99,800.

Walaupun penurunan harga yang berlaku ialah sebanyak RM25,000, enjin yang digunakan adalah tetap sama dengan generasi Honda Jazz sebelum ini iaitu 1.5-liter 16-valve SOHC i-VTEC enjin yang menghasilkan 120 PS (pada 6,600 rpm) dan 146 Nm maksimum tork (pada 4,800 rpm). Ia turut dijana dengan 5 transmisi gear automatik.




Fungsi 3 pilihan Ultra Seat yang sinonim dengan Honda Jazz turut sama dimuatkan di dalam model terbaru ini. Daripada segi keselamatan, Honda Jazz CKD Petrol mempunyai 2 beg keselamatan di bahagian depan, rangka pelindung Honda G-con dan beberapa ciri lain. Honda Jazz CKD Petrol ini turut didatangkan dengan jaminan 3 tahun atau 100,000 kilometer.

Dengan hanya bayaran bulan sebanyak RM775 sekiranya mengambil loan sebanyak 90% untuk 9 tahun, sasaran pembeli Honda Jazz CKD Petrol ialah mereka yang baru mula bekerja. Perbezaan bayaran bulanan antara model ini dan Myvi 1.5 S.E hanyalah RM100 sahaja. Menarik bukan?



DSCF3463

DSCF3477



DSCF3458

DSCF3480

1 ulasan

Unknown berkata...

skrg hujung 2016 lagi untung.Dapat diskaun RM9000.Harga dah turun dari RM74800 menjadi RM73800.Dahla gitu tiada Downpyment.RM73800 - Rebat RM9000 cuma RM64800 sahaja.Tak cukup dgn tu dapat cashback money(duit kopi) RM700 ke RM800 klu pandai bodek salesman.tAK cukup dgn tu dapatlagi freegift spt baucar tinted bernilai RM200,payung,keychain,full tank minyak dan anything else..