Oh Sedih : Kisah Nahas Kapal Terbang Air France 447 #prayforMH370

Salam, 

Baru seminggu tak buka blog, tetibe aku buka blog arini, terkejut aku dengan pageviews yang aku terima untuk 3 hari ni. Tapi semalam paling tinggi views dalam sejarah blog aku ni. Tak sangka post aku mengenai Misteri Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH653 Yang Terhempas Di Tanjong Kupang 1977 menjadi hits sehingga mencecah 47k views dalam masa sehari! Memang sekarang masih panas dengan misteri kehilangan pesawat Boeing penerbangan MAS iaitu MH370 yang masih tidak dijumpai sehingga kini. Apa-apa pun tiada sebarang spekulasi yang kukuh boleh dijelaskan mengenai hal ini dan disebabkan ini aku ingin berkongsi kisah nahas kejadian pesawat Air France yang terhempas di lautan yang mengorbankan kesemua penumpang termasuk krew cabin sekali. Mungkin melalui kisah ini aku boleh memberi bayangan kepada mereka semua yang tidak sabar dan kepada mereka-mereka yang memarahi pihak yang menjalankan tugas dengan 'lembab'.

Penerbangan 447 Air France' adalah penerbangan komersil dari Rio de Janeiro, Brazil, ke Paris, Perancis yang terhempas pada 1 Jun 2009 di Lautan Atlantik. Seramai 228 disahkan mati iaitu kesemua 12 anak kapal dan 216 penumpang. Sebab kemalangan belum dipastikan lagi, tapi sisatan awal mendapati bahawa terdapat kesan pengaisan penderia laju menyebabkan bacaan laju udara yang salah, hungga mengakibatkan kemalangan.

Kronologi nahas Pesawat Air France 447

Pesawat Airbus A330-200 Air France itu, dengan kod pendaftaran F-GZCP, berlepas pada 31 Mei 2009 jam 19:03 waktu tempatan (22:03 UTC) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro-Galeão, Brazil menuju ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle di Perancis. Bagaimanapun ia hilang dari radar Brazil di Lautan Atlantik, tidak lama selepas menghantar pesanan rutin pada 01:33 UTC 1 Jun 2009.


Pada 6 Jun 2009, cebisan rangka kapal terbang dan dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, 680 km di timur laut Kepulauan Fernando de Noronha di utara Brazil. Pada 27 Jun pencarian mayat dan serpihan pesawat ditamatkan, dengan keseluruhannya 51 mayat ditemui.


Pada 3 April 2011, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA) mengumumkan ia telah menjumpai dan akan mendapatkan serpihan besar bangkai pesawat. Kelibat mayat juga dilihat dalam bangkai itu.



Pesawat Airbus A330-200 dengan pendaftaran F-GZCP itu pertama kali terbang pada 25 Februari 2005. Dalam Penerbangan 447 Air France ini, ia meninggalkan Rio de Janeiro pada 31 Mei 2009 jam 7:03 malam (22:03 UTC) dan dijadualkan tiba di Paris-Charles de Gaulle kira-kira 11 jam kemudian.

Hubungan lisan terakhir terjadi pada 01:33 UTC, ketika pesawat itu berada berhampiran titik laluan INTOL (1°21′39″S 32°49′53″B) di Lautan Atlantik, 565 km (360 batu) dari pantai timur laut Brazil. Mereka dijangka memasuki ruang udara Senegal dalam masa 50 minit pada titik laluan TASIL (4°0′18″U 29°59′24″B) di aras penerbangan 10,670 m dan kelajuan 840 km sejam, namun tidak muncul-muncul. Radar Brazil mengesan isyarat terakhir daripada pesawat itu pada 01:48 UTC.

Pegawai trafik udara Brazil menghubungi Dakar pada 02:20 UTC.Tentera Udara Brazil mula menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Kepulauan Fernando de Noronha. Kapal terbang peninjau Perancis juga dihantar.Jurucakap Tentera Udara Brazil kolonel Henry Munhoz memberitahu TV Brazil radar mengesan kapal terbang itu di pulau Cape Verde .Jurucakap Air France meramalkan bahawa pesawat itu mungkin terkena kilat.

Seramai 228 berada di dalam kapal tersebut termasuk tiga juruterbang dan sembilan krew kabin.Antaranya ialah bayi, 7 kanak-kanak , 82 wanita, dan 126 lelaki.Kebanyakan penumpang itu adalah rakyat Brazil dan Perancis. Juruterbang penerbangan ialah Marc Dubois (80 tahun) telah menyertai Air France pada 1988. Beliau melakukan penerbangan kira-kira 11,000 masa penerbangan, dengan 1,700 jam Airbus A330. Dua pembantu juruterbang ialah David Robert (37 tahun) dan Pierre-Cedric Bonin (32 tahun) melakukan 9,000 masa penerbangan. 12 anak kapal, 11 warga Perancis dan 1 Brazil.

Antara penumpang yang penting dan terkenal ialah :

- Prince Pedro Luís Orléans-Braganç. Dia warganegara Brazil/Belgium.Kini menetap dan bekerja di sebuah syarikat di Luxembourg.
- Eksekutif syarikat Michelin Brazil iaitu ThyssenKrupp.
- Datuk Bandar Rio de Janeiro, isterinya, dan pemimpin Symphony Orchestras Brasilia National Theatre dan Rio de Janeiro Municipal Theatre.
- Juliana de Aquino - pelakon teater di Jerman

- Pemain hap, Fatma Ceren Necipoglu dari Turki.

Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro. Ia hilang di Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika. Terdapat amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.Tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem. Puncanya mungkin sekali dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara. Ribut tropika membawa angin selaju 160 kilometer sejam sering berlaku di laluan penerbangan itu.

Pengalisis lain menyatakan kemungkinan kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.Biro Analisis Penerbangan Civile (BEA) ditugaskan menjalankan siasatan rasmi. Pengerusi BEA Paul-Louis Arslanian menyatakan bahawa dia tidak optimistik mencari alat perakam kapal terbang kerana mungkin tenggelam 3,000 m di dasar lautan. Penyiasat berharap menemui ekor pesawat kerana perakam itu terletak di sana.Pada 1988, kontraktor bebas mampu memulihkan kotak hitam yang djumpai pada kapal terbang Penerbangan 295 Afrika Selatan di kedalaman 4,900 m . Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon menyatakan kedalaman Lautan Atlantik mencecah 7,000 meter.

Perancis menghantar dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter di Lautan Atlantik bagi mengesan kotak hitam.Penyelam tentera laut Brazil dikerah ke lokasi serpihan .Empat kapal tentera laut Brazil yang membawa kelengkapan menyelamat turut dikerah ke kawasan laut sepanjang lima kilometer di mana beberapa serpihan pesawat ditemui tentera udara Brazil.


Serpihan bangkai pesawat ditemui didasar lautan Atlantik

Menteri pertahanan Brazil Nelson Jobim menyatakan tiada sebarang letupan itu atau kebakaran yang mencetuskan bahan api jet setakat ini. Penyiasat telah menemui kerusi pesawat, pelampung berwarna oren, wayar, bangkai besi , komponen pesawat dan tompokan bahan bakar jet . Zon serpihan terletak hampir 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil itu untuk memulakan operasi menarik keluar serpihan itu dari laut.Tiga kapal dagang iaitu dua milik Belanda dan satu Perancis berkejar ke sana untuk misi mencari.

Tentera Udara Brazil menyatakan pesawat itu "melalui kawasan ribut petir dengan gelora yang kuat" kira-kira pukul 10 malam. Pesanan automatik diterima 14 minit kemudian "menandakan litar elektrik tidak berfungsi".Perhubungan terakhir dengan pesawat itu adalah pada pukul 10.36 malam waktu tempatan, tetapi tidak memberitahu di mana kedudukan pesawat itu ketika itu.Pesawat itu hilang 300 km timur laut pantai bandaraya Natal .


Nahas udara paling buruk sejak 2001, apabila sebuah jet American Airlines terhempas di New York yang mengorbankan semua 260 penumpang dan krew. Pada 27 Mei 2009, beberapa hari sebelum nahas itu, Air France menerima ancaman bom terhadap penerbangan antara Boenos Aires, Argentina ke Paris.Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Ezeiza di Buenos Aires menangguhkan penerbangan selama 90 minit tetapi tidak menemui sebarang bom.

Lastly, korang bayangkan diaorang jumpa berapa lama bangkai pesawat tu? Lama beb! Kepada malaun-malaun yang poyo kritik kata lembab la itu la, cer korang try cari sendiri. Sedangkan orang negara luar yang lebih expert pun tak boleh settle benda ni dengan cepat.
#prayforMH370

Sumber : Wikipedia

Comments

  1. salam...mohon tukar link bloglist dengan tuan...
    http://dairishare.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. waaa... terbaiklah bro... keep it up

    ReplyDelete
  3. saya bkn mahu membuat spekulasi tapi naluri saya mengatakan yang MH370 seperti terhempas ke laut dan pencariannya dilindungi oleh mata kasar atas kebesaran Allah s.w.t. Wallahualam...inshaa Allah satu hari nanti kita akan menemuinya juga atas kehendakNya...mohon untuk terus berdoa agar dipermudahkan segala urusan....aminn

    ReplyDelete
  4. Doa untuk MH370...
    Apa pun keadaannya selagi belum ditemui....moga ia akan kembali dengan selamat! Tulah tu....mereka ingat senang ke kerja mencari ni...

    ReplyDelete
  5. Best saranan yg akhir tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts