Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Mari Bantu Operasi Membanteras Pendatang Tanpa Izin Secara Besar - Besaran Di Malaysia!!

Views
Let's make this really happen!!

Aku dah lama dah anti dengan pendatang asing yang berlambak-lambak datang kat Malaysia ni. Aku siap buat page 'Kami Anti Foreigners' lagi dekat FB. Tapi tak dapat ramai followers. Memanglah bumi ini bukan milik kita, milik Allah. Tetapi, setiap negara ada undang-undangnya. Bukan boleh sukati ko je nak datang negara orang pastu buat hal macam abah ko punye tempat. Mari, melalui ruang komen, bagitau lokasi yang korang nampak banyak pendatang-pendatang ni. Then, aku boleh pautkan dekat blog Mazidul Akmal Sidek. Bawah ni artikel yang aku copy daripada blog Mazidul.

1 September, bermula operasi bersepadu besar-besaran memburu saki baki pendatang asing tanpa izin tinggal dan bekerja di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara lokasi sasaran pelbagai pihak berkuasa, pusat hiburan,  kilang, kawasan penempatan haram di pedalaman dan ladang.

Jika operasi dijalankan secara telus, saya percaya banyak pusat hiburan bakal tutup kedai di negara ini terutama premis menggajikan pelayan pelanggan, GRO warga asing. Kini majoriti pusat hiburan hardcore dibanjiri oleh gadis Vietnam, dahulu Indonesia dan Thailand. Tanpa GRO, pusat hiburan lengang tanpa pelanggan. Masakan taukeh akan berhibur bersama pekerja mereka.

Sepanjang program 6P, di antara Oktober 2011 dan Julai tahun ini,  lebih 330,000 pendatang asing telah dihantar pulang ke negara asal, 47, 730 lagi diberkas.

Blog ini dibaca oleh individu bermastautin di seluruh negara. Selain daripada pihak berkuasa, rakyat juga mengetahui lokasi tumpuan pendatang warga asing samada mereka tinggal di bandar, pinggir bandar mahupun di dalam hutan.

Berikut antara lokasi dilaporkan oleh rakan facebook saya,  dibanjiri oleh pendatang asing untuk rujukan pihak berkuasa.



Sila klik link dibawah untuk melihat lebih banyak caption mengenai report di FB.








Kepada pembaca, sila catatkan di ruang komen lokasi lain, secara lebih spesifik didapati turut dijadikan lokasi tumpuan warga asing.

Pembaca di Sabah dan Sarawak, usah ketinggalan.

Terima kasih.

Sumber: Bersama Mazidul

Tiada ulasan