Oh Yeah : Psiko Pencuri Hati - Movie Melayu Yang Aku Rasa Tak Sabar Nak Tengok!
Aku jarang rasa berminat nak tengok filem2 Melayu sebab jalan ceritanya yang cliche' sebagai contoh, adegan motosikal, hantu, romantik komedi, gangsterism, adegan tumbuk menumbuk bajet muay tahi warrior (kebanyakkan filem MIG). Tanda Putera dan KL Zombie antara filem yang lain sikit dari filem lain tapi KL Zombie still ade unsur-unsur mat moto yang membuatkan aku potong stim. Tapi not bad la daripada filem MIG. Last thriller movie yang aku tengok kat Malaysia ni ialah 'Trauma'. Aku suka cerita yang mempunyai jalan cerita yang surprise dan penonton takkan dapat teka dengan betul apa yang akan berlaku selepas tu. Dulu, aku memang minat dengan filem arahan Aziz M. Osman, jalan ceritanya yang memang bersangkut paut sehingga jalan cerita 1, 2, dan 3 bertemu sebagai pengakhiranya. Memang style Aziz M. Osman punye cerita ada iras-iras movie hollywood, tu yang aku minat tu. Tapi selepas filem Azura, aku terus tak minat dah. Memang hancoq dan dia tak sesuai jadi pengarah dah. Orite, berbalik kepada filem Psiko Pencuri Hati, ni dia review yang aku cedok daripada Oh Bulan.
Ironinya, filem arahan Nam Ron ini merupakan sebuah karya bergenre ‘thriller’ yang menampilkan barisan pelakon berwibawa seperti Sharifah Amani, Bront Palarae dan Syed Hussein sebagai teraju utama. Secara umumnya, Psiko Pencuri Hati mengisahkan tentang seorang penulis novel bernama O.Sidi (Bront Palarae) yang menggemari subjek ‘thriller’ di dalam setiap karyanya. Akibat terlampau obses, jiwanya menjadi kacau dan dia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan novel terbaru berjudul ‘Mangsa’.
Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, Sidi mengambil kesempatan mengkaji kes pembunuhan tersebut dengan lebih mendalam untuk memuatkan kisah benar di dalam bab terakhir novel Mangsa. Namun begitu, Sidi yang turut menghidap penyakit Obsessive Compulsion Disorder (OCD) semakin dihantui oleh ketakutannya sendiri sehingga mengubahnya menjadi seorang yang psiko.
Dari pandangan peribadi penulis, filem ini bukan sebuah cerita biasa atau klisé yang sering dipertontonkan kepada khalayak ramai sebelum ini.
Meskipun jalan ceritanya penuh tanda tanya namun Psiko Pencuri Hati mengajar penonton untuk berfikir dengan lebih mendalam untuk menghayati keseluruhan plot.
Nice!
Sumber : Oh Bulan.
Tiada ulasan
Catat Ulasan