Header Ads

Terkini

Oh Sedih : Lelaki Habiskan Baki Enam Bulan Terakhir Kehidupan Gembirakan Isteri Yang Baru Dikahwini

Views
So sad..

Seorang lelaki melamar teman wanitanya sedangkan dia cuma ada masa enam bulan lagi untuk hidup dan kemudiannya menghabiskan hari-hari terakhir hidupnya untuk menggembirakan isterinya. Chris Price, 26 berjanji kepada wanita yang dicintainya, Ceri, 29 untuk memberikan apa sahaja yang diingini oleh wanita itu selepas dia disahkan menghidap kanser terminal.
 photo article-2562016-1B9A092100000578-33_638x440.jpg
Pasangan ini telah berkahwin di gereja dalam satu majlis mewah dengan empat orang anak Ceri sebagai tetamu kehormat. Suami yang penyanyang itu kemudianya menempah satu percutian untuk Ceri dengannya ke Las Vegas, malangnya, dia kehabisan masa.
 photo article-2562016-1B9A091600000578-800_638x462.jpg

Chris meninggal dunia dalam pelukan Ceri bulan lepas dan pengebumiannya dilakukan di gereja yang sama dimana perkahwinan mereka berlangsung enam bulan sebelumnya. Ceri yang sedih memberitahu :

Ia seolah-olah Chris mahu menghabiskan masanya untuk membuat saya gembira-segembiranya. Kami melakukan banyak perkara dalam masa enam bulan terakhir hidupnya. Dia sangat positif, dia tak bercakap langsung tentang kematian. Dia hanya mahu melihat saya dan anak-anak gembira sebelum dia pergi.

Chris telah mengaturkan percutian keluarga untuk Ceri dan anak-anak ke Disney dan percutian romantik untuk mereka berdua di New York.

Masa yang kami habiskan bersama sangat magikal dan saya akan mengenangnya sampai bila-bila. Dia tahu saya sukakan sepasang kasut but Louboutin tapi saya tak mampu membelinya. Jadi dia belikan untuk saya dan belikan saya pula satu beg tangan Mulberry yang lebih mahal dari but tersebut.
 photo article-2562016-1B9A09AA00000578-709_638x636.jpg
Pasangan itu berkenalan sejak remaja, dan mula bercinta sejak Januari 2012. Chris seorang yang sihat dan cergas dan tidak pernah berjumpa doktor sejak lebih sepuluh tahun. Bagaimanapun, dia mula sakit dalam perut dan ujian menunjukkan dia mendapat kanser esofagus pada Aprril 2012. Walaupun rawatan mengesahkan yang dia telah bebas kanser, kanser datang semula sethaun selepas itu. Chris yang bekerja sebagai pemeriksa penyelenggaraan, berasal dari South Wales, telah menjalani satu pembedahan selama 8 jam dimana doktor telah membuang sebahagian ususnya kerana kanser tersebut semakin merebak.
 photo article-2562016-1B9A080600000578-544_310x470.jpg
 photo article-2562016-1B9A090E00000578-479_308x472.jpg
Selepas itu dia diberitahu yang tidak ada penawar untuk penyakitnya, tetapi rawatan kemoterapi boleh memanjangkan usianya. Chris meninggal dunia pada Januari 2014. Sekiranya cinta saya boleh menyelamatkan dia, mungkin dia boleh hidup selamanya.

Tiada ulasan