Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Korang Rasa Gambar Ni Photoshop? Korang Silap. (23 Gambar)

Views
Nice timing!

Kalau aku tak buat caption kat semua gambar kat bawah ni, mesti korang ingat photoshop kan? Ha.. memang bukan photoshop langsung dowhh. Semuanya adalah rezeki jurugambar yang tangkap gambar ni dalam masa yang tepat lalu menghasilkan gambar yang awesome tapi aneh! Tak caya, korang tengok sendiri k.

1. Budak ni bukannye jalan atas air, tapi diambil secara kebetulan bila budak ni terjun dari papan anjal tu.

2. Budak ni sama gak macam gambar kat atas ni. Mana de orang naik basikal atas air dowh

3. Mesti korang ingat gambar serigala ni orang edit kasi panjang kaki dia kan? Padahal kaki dia memang panjang macam tu, dan spesies serigala ni namanya Maned Wolf. Serius dowh

4. Ala, ni lagi senang. Pernah sekali magician terkenal buat macam ni tapi aku tak ingat nama dia. Magician orang Jepun tapi dok kat Amerika tu, ape ke namanye. Sebenarnye tangan sebenar dia disorok disebalik baju dan tangan palsu tu dicipta khas untuk menampung badannye.

5. Ni bukan gambar orang edit pakai warp tools kat photoshop tau. Ni memang betul. Landasan keretapi ni jadi macamni sebab gempa bumi yang berlaku kat New Zealand pada suatu masa dulu.

6. Ni bukan patung Barbie ataupun robot buatan Jepun tau. Ni memang manusia betul, orang panggil dia ni Human Barbie. Nama betul dia aku tak tau, tapi rasanya korang tau kot. Dia ni banyak berabis duit untuk pembedahan supaya muka dia sebiji macam patung Barbie. Kesian muka cantik tapi kurang siuman.

7. Ni bukan gambar lawak orang copy paste pastu letak kapal terbang ni atas jalan raya k. Gambar ni memang real tapi cuba korang tengok betul-betul sebenarnye kapal terbang ni bukan jalan kat atas jalan raya, tapi tengah nak landing kat landasan dia kat depan tu je. Kapal terbang memang akan lalu tengah-tengah diantara flyover tu masa nak landing. Tapi kalau silap landing ni, mau kene semua kereta kat bawah tu, perghhh..ngeri plak.

8. Kapal ni bukan terbalik sebab accident k. Kapal tu memang sengaja orang buat terbalik macamtu sebab nak photoshoot untuk iklan minyak wangi Hugo Boss.

9. Ni bukan kepala Ghost Rider tau. Ni adalah lava gunung berapi yang cair dan mengalir ke dalam laut. Secara kebetulan je ni lava tu bentuk dia macam Ghost Rider plak.

10. Rasanya korang tau kamera trick ni.

11. Ni bukan lukisan k. Ni adalah orang 'Tarp' orang putih panggil iaitu sejenis kanvas untuk buat khemah yang kalis air. Tarp ni membaluti bangunan yang dalam proses pengubahsuaian. Tak caya, cer tengok betul-betul bahagian bawah, ade kedut-kedut sikit.

12. Ni rasanya takde aneh sangat kot sebab pokok ni memang rupa dia macam ni disebabkan keadan cuaca yang ekstrem.

13. Agak seram kalau aku berada kat situ. Mesti korang ingat sotong kurita kan? Padahal rumpai laut tu. Banyak gila.

14.  Pahal tetibe ade pizzahut setepek kat atas bumi ni? Padahal pizza ni ade angkasawan yang bawak ke angkasa.

15. Ni bukan kucing kerek yang cat muka dia sendiri, tapi kucing ni memang warna dia macamtu. Sama gak ngan mata dia. Bukan pakai contact lens tau, takde masa nak pakai contact lens kata meow tersebut.

16. Ni bukan kertas jatuh dari atas langit, tapi hasil seni arca oleh Neil Dawson di New Zealand.

17. Bukan Son Goku mahupun Ultraman yang buat ni, tetapi hanyalah installation art.

18. Yang ni memang aneh dan awesome sebab ianya terhasil disebabkan arah ombak yang bertentangan yang menghasilkannya.

19. Takde sape penggal kepala dia, ni badan dia elastik sangat.

20. Mamat ni lapar sangat kot sampai makan signboard tu. Hehehe, bukanla, padahal memang strategi dan idea iklan yang bijak dan kreatif.

21.  Ni bukan gambar tangkap kat dalam studio, ni adalah garam mineral yang terdapat di kawasan pantai di Bolivia. Ianya seperti cermin dan dapat memantulkan imej.

22. Ni bukan gambar yang diwarnakan kat Photoshop, tetapi salah sebuah karya seni illusi oleh Felice Varini.

23. Percayalah, ni hanya kamera trick. Korang pun tau kan. Blok yang sebelah kanan tak bersambung pun sebenarnye.

Sumber : Viralnova

Tiada ulasan