Header Ads

Terkini

Oh Yeah : UNIFI High Speed Broadband Review

Views
It's been a long time...yeahhh...mood untuk blog dah kelaut. Tak tau lah ade ke follower blog ni. Blog biasa-biasa je pun, tapi alhamdulilah dah dapat 1 juta viewers. Oklah tu kan. Setahun dah tak blog ni macam-macam benda dilalui, dan hari ni ade free sikit, nak share satu benda best. Jangan risau, bukan MLM k. Jyeahhhh, ni lah dia benda aku nak share.


Yahhhoo... akhirnya penantian selama 4 tahun aku nak pakai UNIFI ni tercapai jugak. Mula-mula dulu aku pernah pakai P1 Wimax. Mesti korang dah tahu kan P1 Wimax ni dah bergabung dengan TM dan diberikan nafas baru dan nama baru iaitu WEBE. 


Skang korang lalu kat highway persekutuan tu nampaklah bangunan P1 Wimax yang besar dulu tu dah bertukar wajah sepenuhnya. Takde lagi P1 Wimax ok. Semua ni gara-gara ramai yang tak puas hati dengan customer service mereka. Siap ade page lagi kat facebook. Tapi, tu kisah lama, skang mereka dah bergabung dengan TM sebuah syarikat yang kukuh di Malaysia. So, harap-harap okla.

Yeahh, berbalik kepada UNIFI yang best ni, aku nak cerita dari awal. Mula-mula dulu aku pakai P1 Wimax ni lepas tu line tak berapa ok, aku tukar pakai Maxis broadband. Memang puas hati sangat-sangat laju. Yelah, modem broadband dia support 21mbps kot. Langsung takde masalah la bila pakai. Cumanya agak mahal sedikit dan ade quota tertentu.

Masa tu try apply streamyx malangnya kawasan rumah ade kabel yang support telefon je. Memang kecewa dan terpaksalah berjimat cermat guna maxis broadband tu. Masa tu quota untuk siang adalah 12gb, pukul 2 pagi sampai 8 pagi 36gb. Hari jumaat dan sabtu memang jadi burung hantu la download movie, tengok youtube sikit. Lepas tu, dalam setahun ade TM buat roadshow kat dalam shopping mall berdekatan dengan rumah aku. So, maknanya mesti dekat kawasan rumah dah ade line streamyx. So, aku apply la jugak lagi sekali. Tunggu punya tunggu punya tunggu dah dekat 3 bulan baru orang TM call bagitau yang kat rumah port dah penuh.

Memang rasa frust sebab kawasan rumah aku tu bukannya pedalaman pun. Kawasan yang dah lama maju. Port untuk streamyx memang terhad. So, sampailah tahun ni akhirnya TM ade buat roadshow dekat kawasan rumah. Betul-betul kat depan rumah dia bukak booth ade promotion untuk streamyx dan UNIFI. Yeahhh, aku apa lagi apply la terus kan. Siap isi borang apa semua, agen TM tu bagitau, dia akan check coverage untuk kawasan rumah. Sekejap je dia check dalam sistem. Dia bagitau kat kawasan rumah mereka baru je pasang port baru yang banyak untuk streamyx. So, aku melompat kegembiraanlah sambil berangan terminate Maxis broadband dengan segera. Maaf ye Maxis, bukannya tak best pakai, cumanya penggunaan aku agak tak sesuai sebab aku ni heavy downloader. Hehehe.

So, proses sangat lancar dan aku sangat berterima kasih kepada agen aku tu, nama dia Zul. So, kepada sesiapa yang berminat nak pasang streamyx boleh la komen kat bawah. Nanti aku emailkan no telefon agen tu. Oh ya, Zul ni dia cover area Ipoh je yea. Bawah ni harga untuk pakej streamyx yang ada. So, aku amik 2mbps memandangkan kawasan rumah aku tu belum support untuk pakej yang lain tu.


Berbalik kepada langganan streamyx aku tu tadi, UNIFI kat kawasan rumah aku tu belum ada lagi buat masa tu. So, dalam masa 3 hari permohonan, aku terima mesej dari TM yang contractor akan datang pasang streamyx kat rumah. Yeahuuuu, finally rumah aku ada streamyx!! Lepas ni tak payah risau quota abis ke ape sebab ianya unlimited!!Tiba-tiba contractor TM call aku bagitau yang mereka tak dapat nak pasang pada hari yang dijanjikan. Yeah, aku kembali frust semula dan tanya kenapa. Rupanya kawasan rumah aku tu kena pasang tiang baru sebab kalau tak pasang tiang baru, wayar streamyx tu akan ganggu jiran yang lain. So, aku pun bagitau untuk teruskan pemasangan tiang tu. Dalam 4 hari macamtu bila aku balik keje dah ade tiang kecik terpacak depan rumah. 

(Contoh gambar tiang streamyx yang dipasang gambar google)

TM mesej aku lagi akan datang dalam masa 3 hari untuk pasang streamyx. So, hari yang dinantikan telah tiba dan diaorang datang rumah untuk pasang. Masa pasang tu, aku takde kat rumah sebab keje. So, makcik aku kat rumah tu tolong tengokkan diaorang pasang. 

(Gambar hasil cedokkan google)

Diatas adalah contoh modem router streamyx yang dipasang. Bukan modem je diaorang bagi, dengan telefon wireless lagi. ( Takde masa plak nak tangkap gambar haissh ). Balik rumah dengan perasaan excited maklumlah orang kata berbaloi pakai streamyx ni sebab unlimited. Mula-mula sekali aku check speed test guna software OOKLA, as expected dapat 1.86mbps download dan 0.85mbps upload. Aku try buka facebook, youtube, dan google memang laju. Cuma Youtube bila play video takde sangkut-sangkut, tapi kualiti video dia rendah takde HD. Bagi aku tu pun dah bersyukur tak payah nak risau kuota habis. Aku try pulak download movie guna Internet Download Manager, speed dia dah cap kepada 200kbps, agak slow jugak la movie yang size dia 1gb 5 jam baru abis download tak macam Maxis broadband yang aku guna sebelum ni file 1gb tu siap dalam masa 2 jam je. Tapi, buat masa ni aku tak kisah sangat sebab yang penting rumah tu dah ade tiang untuk streamyx so nanti mana tau dah ade support 8mbps tak payah susah-susah nak apply lagi terus upgrade je.
* * * * *
Dah 4 hari berlalu aku guna streamyx 2mbps tu aku check peti surat ade satu kertas ade orang letak. Bila aku tengok logo TM aku ingat bil dah sampai rumah, rupanya kawasan rumah tu dah ade UNIFI!! Perghhh, memang excited gila babun la aku terus call agen streamyx aku yang sebelum ni untuk tukar package aku kepada UNIFI. Agen tu reply katanya dia check dulu betul ke kawasan rumah tu ade coverage untuk UNIFI. Tunggu dalam sejam pastu agen tu mesej memang kawasan rumah tu dah ade UNIFI. Jyeahhhhhhhhh, tanpa fikir banyak aku terus ajak dia jumpa untuk isi borang baru untuk permohonan UNIFI. So, aku isi borang tu dan apply untuk UNIFI Advanced Plan 30mbps. Masa aku apply tu package VIP tu dah takde. So package terbaru ni ade Advanced Plan dengan Pro Plan. Terbeliak mata aku tengok Pro Plan punya package. Korang tengok la kat bawah ni.

(Ni plan untuk advanced plan)

(Tudiaaa... 100mbps!!)

Bagi aku 30mps dah mencukupi untuk aku yang hardcore gaming ngan download movie ni. Aku rasa yang 100mbps tu sesuai untuk yang bukak Cybercafe. Ok, so lepas aku isi borang ape semua tu agen tu bagitau dalam masa 3-4 hari diaorang akan datang pasang Unifi. So, aku pun tunggu je la mesej dari TM.

Esoknya aku pegi keje aku baru perasan tiang yang kat hujung kawasan perumahan tu macam lain sikit. Rupanya tiang tu TM dah pasang kotak UNIFI yang warna putih tu.

(Macam ni la rupa dia gambar ehsan dari google gak)

So, kat rumah korang kalau ade nampak benda macam ni, boleh la mohon UNIFI ye. So, dalam petang tu aku dapat mesej dari TM mengatakan mereka akan datang pasang UNIFI dalam masa 3 hari ni. Lepas tu dapat plak call dari TM mereka tanya aku nak ke pasang UNIFI tu esok. What?? Esok?? Waaaaaa...lagi la seronok aku dengar. Malam tu aku lenjan abis-abis stremayx kat umah tu sebelum kene terminate esoknye.

Keesokkan harinya pukul 12 tengah hari contractor call kata nak datang pasang. Masa tu aku keje, jadi aku suruh makcik aku standby depan pintu rumah untuk tengokkan contractor tu pasang. Dalam masa 30 minit diaorang dah berjaya pasang dan terus call aku yang HyppTv tak dapat nak pasang sebab TV jauh kat belakang. Kalau nak pasang kena caj untuk pemasang tambah wayar. Unifi tu aku pasang kat bilik dan dalam bilik ade komputer je. Kalau monitor aku ade HDMI takde masalah untuk pasang. So, aku bagitau tak payah la pasang HyppTv tu, lagipun yang tu aku boleh pasang sendiri tapi kena beli cable panjang untuk sampai ke dapur belakang.

Petang tu aku balik aku check speedtest. Gila babun download speed je dah 28.40mbps, upload speed 10.15mbps!! Woahhhhhhhhhhh, ini memang terbaik gile. Lagi satu modem dia lain sikit. Jenama Huawei tapi design dia sama macam modem streamyx tu. Cuma router dia nampak canggih sikit.

(Router terbaru dari TM)

Pastu aku perasan kat tepi tingkap dia ada install satu kotak putih kecik khas untuk fibre optic untuk UNIFI. 


Pastu aku dapat lagi satu telefon wireless. Haiyioooo berapa banyak telefon la. Telefon tu memang aku tak guna la, aku guna untuk call TM 100 je kalau ade pape masalah nanti.

 
Nah amik ko banyak plak kotak. Telefon sampai dua, ni sebab terlanggan streamyx pada mulanya.

Tanpa melengahkan masa, aku try download file 1gb. Tah aku tak tau la betul ke mata aku tengok ni tak sampai 10 minit dah siap download!!! Perghhhhhh!!!! Memang puas hati gile. Pastu aku test power lagi cuba download PC Game size dia 45gb. Seperti yang aku duga amik masa selama 3 jam 25 minit je untuk settle! Ape lagi terus install dan main. Aku bersyukur dah tak payah nak risau kuota abis ke ape dah, memang sangat-sangat awesome. Setakat aku tulis blog ni dah 2 minggu aku pakai, sangat-sangat stabil dan laju. Cuma HyypTv aku tak try sebab TV jauh sangat kat belakang dan aku rasa aku tak pakai la kot sebab takde masa nak tengok tv. Lagipun HyypTv tu sekali ngan pakej so takleh nak tolak, terpaksa amik la. Lagipun free je kalau tak subscribe ape-ape channel. Sebulan aku cuma bayar RM179 tak termasuk GST la. Itupun kalau tak pakai telefon wireless tu, so bagi aku sangat berbaloi berbanding harga broadband.

Ok guys, tu je review ikhlas dari aku. So, sape-sape yang ade ternampak kotak putih ade tulis TM tu takyah tunggu-tunggu dah korang langgan la cepat UNIFI ni memang sangat puas hati.

Adios!

Tiada ulasan