Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Facebook Kini Akan Memaklumkan Kepada Anda Jika Ada Seseorang Memuat-Naik Gambar Anda Walaupun Tidak Di Tag

Views
Facebook sehingga kini sedia menggunakan sokongan teknologi pengecaman wajah mereka untuk memberi cadangan apabila sesuatu gambar dimuat-naik – bagi memudahkan proses tag dan memberikan notifikasi untuk pengguna berkaitan. Kini, dengan perkembangan teknologi, Facebook bergerak selangkah kehadapan dan mengatakan kini mereka akan menggunakan sokongan pengecaman wajah berkenaan untuk mengenal-pasti sebarang gambar yang mempunyai wajah anda – dan turut memberitahu anda melalui notifikasi apabila sesuatu gambar dimuat-naik dengan adanya wajah anda. Facebook akan memberikan notifikasi kepada anda walaupun gambar anda tidak ditag sesiapa.


Facebook mengatakan dengan langkah ini, ia membolehkan anda mengetahui apabila seseorang memuat-naik gambar yang ada anda didalamnya, sekaligus berkomunikasi dengan pengguna yang kongsikan gambar berkenaan.

Langkah ini juga akan memudahkan anda lebih mengetahui sekiranya ada sesiapa yang salah guna akan gambar anda untuk tujuan yang tidak baik – atau mengaitkan ia dengan info yang tidak tepat.

Facebook mengatakan ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna mereka seluruh dunia, kecuali di Eropah dan Kanada.



Sumber : Amanz