Header Ads

Terkini

Ada Kisah Cinta Tragis Yang Sebenar Disebalik Filem Titanic Yang Anda Tidak Tahu

Views

Tragedi kapal Titanic selalu dikaitkan dengan kisah cinta Rose dan Jack. Sepasang kekasih tersebut seolah menjadi tokoh utama dalam tragedi itu. Padahal ada lagi kisah cinta yang lebih mengharukan dibandingkan cerita Rose dan Jack dalam kecelakaan kapal mewah Titanic.


Menurut thevintagenews.com, ada kisah pasangan lain ketika tragedi Titanic yang menyentuh hati. Ia adalah Ida dan Isidor Straus, pasangan yang saling mencintai hidup dan mati. Pasangan ini maut ketika tragedi kapal Titanic.


Ida dan Isidor Straus merupakan pasangan yang tak boleh dipisahkan. Ida sering mengikuti pengembaraan suaminya, Isidor Straus, baik ketika bercuti mahupun urusan perniagaan. Ketika kedua-duanya harus berjauhan, maka cara melepaskan rindu dengan saling mengirim surat.


Kisah pilu keduanya bermula dari rancangan bercuti musim sejuk di Cape Martin, Perancis. Percutian itu berakhir dan keduanya kembali ke New York dengan menaiki kapal Titanic.


Tak disangka, kapal tersebut rosak kerana terlanggar gunung ais dan karam. Ketika semua penumpang menyelamatkan diri, Ida dan Isidor ditawarkan naik bot kecil yang ketika itu digunakan untuk golongan bangsawan. Isidor seharusnya duduk di bot itu bersama isteinya. Namun Isidor menolak dan memberu tempatnya diambil orang lain.


Melihat suaminya tidak ikut naik sekali, Ida pun memutuskan meninggalkan bot itu dan menawarkan tempat duduknya untuk seseorang bernama Ellen Bird. Tak hanya itu Ida memberikan jaket keselamatannya ke Ellen dan memberitahu dia tidak menggunakan jaket itu lagi.

Beberapa orang telah memujuk Ida, namun wanita itu tetap memilih bertahan di dek kapal bersama suaminya.

Ada satu babak dalam Titanic di mana watak Isidor dan Ida

“Seperti kami hidup, kami juga akan mati bersama,” jelas Ida ketika menolak tawaran naik bot.

Pasangan ini akhirnya meninggal dunia dalam tragedi tersebut. Ida dan Isidor ditemukan mati di dek kapal dengan tangan saling menggenggam. Kisah cinta mereka diabadikan dalam patung karya Augustus Lukeman. Tak hanya itu, ada  gambat potret pasangan ini di Manhattan’s Macy’s.


Tiada ulasan