Header Ads

Terkini

Jangan Sesekali Kongsi 5 Gambar Ini Di Media Sosial!

Views

Boleh kata dengan adanya laman sosial masa kini, makin ligat jari berkongsi segalanya di alam maya walaupun ada banyak keburukannya pada masa akan datang.

Hakikatnya, dengan kemudahan berkomunikasi antara satu sama lain itu sememangnya baik, tetapi tidak segalanya boleh kita kongsikan kerana ada buruknya jika semuanya kita pampangkan di media sosial.

Hakikatnya, dengan kemudahan berkomunikasi antara satu sama lain itu sememangnya baik, tetapi tidak segalanya boleh kita kongsikan kerana ada buruknya jika semuanya kita pampangkan di media sosial.

Tak ramai yang sedar akan keburukannya, jadi kami ingin senaraikan lima jenis gambar yang tak patut anda kongsi di laman sosial. Beringat sebelum terlambat ya.

Pas Masuk Penerbangan


Berkongsi cerita tentang trip atau percutian anda mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi hakikatnya mengambil gambar pas masuk penerbangan dan memuat naik di alam maya adalah satu tindakan yang amat berbahaya. Sudah tentunya pengikut anda termasuklah pengikut yang anda tidak kenali secara rapat sudah mengetahui segala butiran peribadi termasuklah nama penuh, destinasi dan nombor penerbangan. Anda berisiko untuk masalah seperti penjenayah mengetahui tempat tinggal serta nombor telefon anda. Dari situ, ia adalah kunci kepada kes pecah rumah, akaun bank digodam dan banyak lagi. Jadi, jangan sekali kongsikannya di media sosial.

Wang


Memuat naik gambar cek, kad kredit atau wang tunai hanya akan mengundang masalah. Bukan hanya boleh merendahkan pandangan rakan-rakan kepada anda, tetapi juga menaikkan peluang untuk anda dirompak.

E-mel Sulit Berkaitan Dengan Kerja


Seeloknya jangan campurkan antara kerja dengan media sosial peribadi anda. Sebarang emel sulit mengenai pekerjaan atau pun insiatif baru syarikat anda ingin mulakan, jangan sekali kongsikannya di media sosial kerana dengan cara ini bukan hanya boleh menyebabkan pesaing anda mengetahuinya, malah juga peluang untuk anda dipecat adalah tinggi.

Sijil Lahir


Berkongsi informasi peribadi di media sosial bersamaan dengan hilangnya perihal peribadi anda. Dengan memuat naik gambar sijil lahir bayi baru anda mungkin dilihat sebagai satu sisi kegembiraan anda, tetapi ia boleh mengubah nasib hidup si comel apabila informasi tersebut telah terdedah pada pencuri atau penjenayah. Sijil lahir boleh kata adalah satu dokumen yang sangat penting dan sulit, yang mana menyimpan serta berkaitan dengan pasport serta lesen memandu anda. 

Pasport


Sering kita lihat di mana ramai yang suka berkongsi gambar pasport di media sosial yang mana mereka cuba untuk memberitahu akan percutian yang mereka ingin tuju, sedangkan risiko bahaya itu amatlah tinggi. Pasport seakan nyawa pabila kita terbang ke negara asing. Ia mengandungi segala butiran peribadi kita dan sekali perkongsian atas talian, peluang untuk anda diculik, dirompak, digodam, dan pelbagai jenis jenayah lain adalah sangat tinggi. So, don’t!

Sumber : Eh!

Tiada ulasan