Header Ads

Terkini

Oh Sedih : Lelaki Ini Menghadiri Pengebumian Budak Lelaki 5 Tahun Ini Dengan Kostum Spiderman

Views

Kisah sedih ini terjadi terhadap kanak-kanak berusia 5 tahun, dimana dia ditemui mati di kawasan yang berhampiran dengan halaman belakang rumahnya tahun lepas. Dia telah lemas di dalam kolam dan ketika seorang pegawai polis yang tiba di tempat kejadian cuba untuk menyelamatkanya, dia tidak berjaya. Pengebumian diadakan untuk budak lelaki itu dan pegawai polis Damon Cole memutuskan bahawa kanak-kanak itu perlu dikebumikan dengan cara tersendiri.


Apabila kanak-kanak itu ditemui, dia berpakaian dengan kostum Spider-Man. Keluarga Joshua tahu betapa minatnya anak lelaki mereka itu dengan Spider-Man, jadi mereka datang kepada Damon Cole dengan permintaan luar biasa. Mereka bertanyakan jika dia sanggup datang ke pengebumian sambil berpakaian kostum Spider-Man. Damon tanpa berfikir panjang terus bersetuju dan memakai kostum berkenaan untuk memberi penghormatan terakhir kepada kanak-kanak tersebut yang telah meninggal dunia.

 

Tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan Damon untuk membawa kanak-kanak itu kembali, tetapi kisah ini menunjukkan bahawa dengan sedikit tindakan tetapi ianya sangat bermakna. Ini adalah salah satu penghormatan yang menyentuh hati yang pernah kita lihat dan fakta bahawa ia datang dari seorang pegawai polis yang bukan ahli keluarga terdekat menjadikannya lebih menyentuh hati.

 

Tiada ulasan