Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Lelaki Ini Berkayak Di Dalam Kapal Lama Berusia 100 Tahun Dan Menjumpai Sesuatu Yang Menarik Didalamnya

Views
 

Aktiviti berkayak adalah aktiviti yang menyeronokkan dan membolehkan kita menikmati alam sekeliling dengan tenang. Pengalaman itu adalah sesuatu yang subjektif. Tetapi untuk lelaki ini pula pengalaman beliau berkayak merentasi kapal lama yang berusia 100 tahun ini menjadikannya pengalaman yang paling berharga pernah beliau alami.


Orang-orang Romania adalah orang yang menghasilkan kapal yang luar biasa ini. Sebuah kapal yang bernama 'Empire Strength' terletak di Laut Hitam berdekatan dengan pantai. Jika anda seorang traveler tegar, tempat ini adalah salah satu tempat percutian wajib di Eropah Timur untuk dilawati. Bahagian sisi kapal tersebut mempunyai beberapa retak kecil yang kelihatan agak menyeramkan untuk dimasuki, tetapi tidak untuk lelaki ini.



Didalam kapal lama ini pelbagai sudut yang tajam serta berkarat yang mampu menyebabkan lelaki ini bakal mengalami kecederaan yang parah sekiranya tersilap langkah. Tetapi ianya masih juga tidak mampu memberi kegentaran terhadapnya.



Kapal ini telah menjadi tarikan pelancong sejak beberapa dekad yang lalu dan para pengunjung mengagumi pemandangan unik yang ditawarkan oleh kapal ini



 Rasa-rasanya ada tak tempat macam ni kat Malaysia?

Tiada ulasan