Header Ads

Terkini

iLA X - Telefon Pintar Android Kedua Yang Meniru Rekaan iPhone X

Views

Kemunculan iPhone X telah menjadi satu tanda aras baru kepada kebanyakan pengeluar telefon pintar apabila ia menampilkan rekaan skrin yang unik.

Walaupun telah menerima kritikan disebabkan oleh rekaan bahagian atas paparan skrinnya yang dirasakan ‘pelik’ oleh sesetengah pihak, rekaan sebegini nampaknya tetap menjadi ikutan sesetengah pengeluar.

Telefon pintar android yang pertama meniru rekaan iPhone X ialah Leagoo S9 seperti yang pernah kami paparkan dalam artikel sebelum ini.


Baru-baru ini satu jenama baru iaitu iLA MOBILE dilihat telah memperluaskan pasarannya ke peringkat global apabila memperkenalkan telefon pintar terbarunya yang dikenali sebagai iLA X. Sebagaimana nama yang digunakannya, iLA X telah menampilkan konsep rekaan yang mirip seperti iPhone X terutamanya pada rekaan skrin dan juga kamera utamanya. Apa yang membezakannya iLA X dengan iPhone X adalah kehadiran bezel pada bahagian bawah skrin yang tersedia dengan butang Home yang juga menempatkan sensor pengimbas cap jari.

iLA X akan mula dijual melalui kedai rasmi iLA di aliexpress pada harga USD120.47 (kira-kira RM471) dan bermula dari 22 Januari sehingga 29 Januari 2018 nanti ia boleh dimiliki pada harga promosi USD99.99 (kira-kira RM391). iLA X tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Blush Gold, Black dan juga White.

Spesifikasi iLA X:
  • MediaTek MT6737 Quad Core 1.3 GHz
  • Android 7.0 Nougat
  • 32 GB + RAM 3 GB
  • 5.5 inci, 1280 x 640 piksel (18:9)
  • Kamera utama : 13 Megapiksel
  • Kamera depan : 5 Megapiksel
  • 2500 mAh
  • Dual SIM Dual Standby (4G LTE)
  • Pengimbas cap jari
  • 153.7 x 71.2 x 7.95mm
Sumber : Ering

Tiada ulasan