Header Ads

Terkini

Kini Anda Boleh Menyemak BR1M Dengan Menggunakan Telefon Pintar Android & iOS

Views

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini telah pun memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi mereka, dan mula menawarkan aplikasi Semakan BR1M kepada semua pengguna peranti Android dan juga iPhone.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyemak semakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menggunakannya, termasuk untuk menyemak status penghantaran borang, semakan status permohonan, mengetahui status rayuan, dan turut menyemak sama ada bayaran telah masuk atau sebaliknya.



LHDN berharap aplikasi ini akan memudahkan lagi urusan para pemohon berbanding sebelum ini yang memerlukan mereka ke pusat khidmat pelanggan atau menghubungi talian BR1M.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Semakan BR1M ini untuk Android atau iOS hari ini.

MUAT TURUN APPLIKASI ANDROID DI SINI --> Semakan BR1M untuk Android

MUAT TURUN APPLIKASI iOS DI SINI --> Semakan BR1M untuk iOS

Sumber : Amanz

Tiada ulasan