Header Ads

Terkini

Pewdiepie Ambil Peluang Untuk Sindir Pesaing Terdekat Beliau, Logan Paul - Akibat Daripada Video Kontroversinya

Views
 

PewDiePie, antara YouTuber otai di YouTube juga nyata tidak selesa dengan video yang dimuat naik bintang YouTube generasi baru, Logan Paul. PewDiePie yang juga pelopor kepada video-video lucu dan fun di laman YouTube menulis Tweet ini di laman Twitter.




Tweet ini merupakan parodi kepada video Vlog yang dimuat naik Logan beberapa hari yang lalu. Walaupun PewDiePie turut dilanda beberapa kontroversi tahun lalu, tetapi ianya tidaklah seteruk apa yang dilakukan oleh Logan.

Sehingga ke hari ini, Logan masih dikecam di laman sosial dan walaupun beliau sudah membuat permohonan maaf, namun masih ramai yang tidak berpuas hati dan mahu pihak YouTube menyekat terus akaun Logan di YouTube. Beberapa selebriti Hollywood juga turut meluahkan pendapat mereka tentang isu ini. 



Dalam video permohonan maaf rasmi Logan menerusi Twitter, nyata Logan seperti sangat menyesal dengan perbuatan beliau dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan. 



Begitulah apa yang media sosial boleh buat kepada anda. Jika anda seorang yang terkenal dan mempunyai ramai followers, setiap apa yang anda lakukan akan diperhatikan. Jika tersalah langkah, anda pasti akan berdepan seperti situasi yang Logan hadapi ketika ini.

Pihak YouTube juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini di mana mereka ‘tidak bersetuju’ dengan sebarang video seperti ini.  


Ianya satu pengajaran yang baik buat Logan serta para pengguna media sosial yang lain supaya lebih berhati-hati dalam memilih isu yang ingin ditayangkan di laman YouTube anda.  

p/s: ala, 2x5 gak dia ni sama je pernah buat video kontroversi banyak kali sampai kontrak ngan Disney kene tarik.

Sumber : Thevocket

Tiada ulasan