Header Ads

Terkini

Youtubers Terkenal Logan Paul Dikecam Hebat Akibat Daripada Video Terjumpa Mayat Dalam Hutan Di Jepun

Views
 

Logan Paul memang terkenal dengan aksi tak tahu malu dan selamba beliau di depan kamera. Logan dan beberapa rakannya kini berada di Jepun mencari bahan untuk pengisian vlog beliau untuk saluran YouTube.

Logan kini menerima kecaman hebat terhadap satu video yang dibuatnya di Jepun. Ianya dimuat naik pada malam tahun baru dan video berkenaan sudah pun dibuang daripada channel YouTube Logan Paul. Ini adalah versi pendek vlog ini dan versi panjang video ini akan dibuang oleh pihak YouTube jika ada pengguna lain yang memuat naik video berkenaan.



Dalam video ini, Logan dan rakannya ingin bermalam di Aokigahara (Japanese Suicide Forest) kerana bagi Logan, ianya sesuatu yang tidak pernah dibuat orang sebelum ini. Ketika memasuki hutan berkenaan, Logan terjumpa mayat lelaki yang baru sahaja membunuh diri di hutan berkenaan.

Di dalam video ini, Logan seperti terkejut dan pada masa yang sama excited kerana terjumpa mayat di dalam hutan berkenaan. Apa yang membuat video ini dikecam hebat adalah kerana Logan seperti mempersendakan mayat berkenaan dan boleh lagi membuat lawak bersama rakannya di dalam hutan ini.

Ramai komuniti YouTube yang menganggap Logan Paul sudah terlalu melampau dalam menghasilkan video yang tidak sensitif dengan sesuatu perkara terutamanya tentang isu bunuh diri. Kavos, salah seorang YouTuber merasakan perbuatan Logan ni sesuatu yang ‘bodoh’ dan sangat tidak sensitif. 




Diharap video ini boleh dijadikan pengajaran kepada YouTuber dalam dan luar negara supaya tidak melampaui batas dan menjaga sensitivi sesuatu isu. Jika anda sempat tonton video Paul ini secara penuh, anda pun akan rasa meluat dengan perangai Logan Paul ini.

p/s: semalam dah post pasal dia ni, tapi banyak video ngan tweet kena delete so terpaksa up kan balik.

Sumber : TheVocket 

Tiada ulasan