Header Ads

Terkini

Stroller 6 Dalam 1 Yang Canggih Ini Dihasilkan Oleh Bentley, Sebuah Jenama Kereta Mahal Yang Terkenal

Views

Nampaknya jenama kereta mewah Bentley kini beralih angin dengan menghasilkan ‘kereta’ bayi. Tapi, kereta sorong atau stroller bayi ini bukan biasa-biasa, ia direka khas dengan fungsi 6-dalam-1 yang membolehkannya bertukar fungsi bersesuaian dengan usia bayi anda.

Dengan kolaborasi Bentley Motors, hasil inovatif mereka ini mengkombinasikan gaya elegan serta fungsi yang sangat praktikal.



Ada 6 fungsi yang terdapat pada produk ini.

Dengan fungsi yang pelbagai, Bentley menyasarkan produk ini boleh digunakan oleh bayi seawal usia 6 bulan hingga 5 tahun. Semasa bayi boleh digunakan sebagai kereta sorong / stroller. Dan bila anak dah semakin besar, boleh guna jadi basikal roda tiga pula!

Ia boleh ditransformasi mengikut kesesuaian anda pada bila-bila masa, seperti dalam gambar di bawah.



Antara ciri-ciri keistimewaan Bentley Stroller / Tricycle ini termasuklah:

A) Fungsi tayar bebas – membenarkan ibu bapa mengawal pergerakan dengan mudah

B) Kanopi boleh laras – sesuai untuk semua jenis cuaca

C)  Detachable seating guard – menambahkan keselesaan semasa duduk

D) Footrest – elakkan kaki ‘tergantung’

E) Tempat duduk ergonomik – boleh berpusing untuk keselesaan eye contact

F) Tayar angin – untuk perjalanan yang lebih lancar,  ia adalah replika yang digunakan oleh model kereta Bentley Continental GT Speed

G) Pedal anti-licin – mengelakkan kemalangan

H) Tetingkap – memudahkan ibu bapa memantau kedudukan bayi

I) Sayap roda – melindungi daripada kekotoran dan habuk

J) Brek belakang – membolehkan ia berhenti dengan selamat

K) Dukungan belakang boleh laras – untuk posisi berbeza

L) Tali pinggang keselamatan boleh laras



Lihat saja dalam video di bawah, ciri-ciri yang terdapat dalam stroller / tricycle Bentley benar-benar menjadikannya sebuah rekaan inovatif, unik, dan bergaya!


Harga pasaran bagi stroller / tricycle Bentley ini adalah sekitar 450USD, iaitu kira-kira RM1770. Nak kata mahal, tidak jugalah sebab banyak stroller yang berkualiti juga didapati dengan range harga sedemikian contohnya Babyzen Yoyo.

Tapi yang menariknya, produk keluaran Bentley ini boleh dipakai lama sebab boleh bertukar menjadi basikal roda 3 apabila anak semakin besar. Kira berbaloilah kan?


Macam mana? Menarik juga hasil kreativiti Bentley Motors ini, bukan? Dengan menjadikannya pelbagai fungsi, tentu ibu bapa akan rasa tertarik untuk mendapatkannya untuk kegunaan jangka masa panjang.

Oh ya, buat masa sekarang, produk ini telah dipasarkan di Amerika Syarikat, Eropah, Australia, dan New Zealand. Pasaran di Malaysia belum sampai lagi. Tapi mungkin boleh beli secara online.

Ia didatangkan dengan 4 pilihan warna menarik. Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://bentleybabies.com/

p/s: tak dapat beli kereta jenama Bentley kalau dapat beli stroller ni pun jadi la..huhu

Sumber : Siraplimau

Tiada ulasan