Header Ads

Terkini

Ada 5 Buah Projek Mega Terbesar Di Seluruh Dunia Sedang Dalam Pembinaan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Views

Saban tahun, ada sahaja projek mega yang akan dilancarkan diseluruh dunia. Projek-projek mega ini meliputi pelbagai aspek, daripada segi insfrastruktur kemudahan sehinggalah kepada taman tema.

Kali ini, iluminasi ingin berkongsi 5 projek mega yang sedang dalam pembinaan di seluruh dunia. Projek-projek yang disenaraikan ini melibatkan kos yang sangat besar, daripada puluhan bilion kepada ratusan bilion ringgit.

1. International Space Station (ISS) - RM590 bilion (sehingga 2010)


ISS merupakan projek terbesar yang pernah dibina oleh manusia. ISS berputar mengelilingi orbit bumi pada altitud 300km dan ianya adalah satu projek pembinaan yang berterusan dimana ianyakan akan di perbesar dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Sehingga 2010 sahaja, pembinaannya telah menelan belanja RM590 bilion dan pada 2020, kos penambahan dan penambahbaikannya akan menelan belanja keseluruhan RM 3.9 trilion.

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum - RM321 bilion



Dubai sememangnya terkenal dengan binaan-binaan yang tinggi dan besar. Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum ini telah siap fasa awalnya dan telah dibuka pada tahun 2010. Ia dijangka siap sepenuhnya pada tahu 2018. Apabila siap kelak, lapangan terbang ini akan memegang takhta sebagai lapangan terbang terbesar dunia dari aspek saiz dan jumlah penumpang.

Saiznya yang sangat besar ini mampu menampung 200 kapal terbang bersaiz besar pada satu-satu masa dan menampung 160 juta manusia setiap tahun. Buat masa ini, lapangan terbang ini juga menjadi hab utama syarikat penerbangan Emirates SkyCargo dan FlyDubai.

3. Projek Saluran Air Selatan - Utara China - RM306 bilion (sehingga 2014)



Projek Saluran Air Utara - Selatan (Nánshuǐ Běidiào Gōngchéng) ini merupakan sebuah projek mega yang sedang dalam pembinaan di negara China. Objektif utama projek ini adalah bagi menyalurkan air daripada Sungai Yangtze ke kawasan perindustrian di bahagian utara, dimana 50% penduduk tinggal di sana.

Projek ini melibatkan pembinaan 3 terusan dimana setiap satunya dibina sepanjang 966km. Projek ini bukanlah projek jangka pendek kerana ianya mengambil masa 48 tahun untuk disiapkan.

4. Projek Kereta Api Laju California - RM275 bilion


Sebagai sebuah negara besar, Amerika Syarikat sememangnya memerlukan lebih banyak kereta api berkelajuan tinggi. Antara projek yang telah dilancarkan dan sedang dalam pembinaan adalah projek kereta api berkelajuan tinggi yang akan menghubungkan California dan San Francisco.

Apabila siap, projek ini kelak bakal mempunyai 24 buah stesyen dan akan menggunakan kereta api berkelajuan tinggi elektrik. Dengan kelajuan 320 km/j, perjalanan hanya akan mengambil masa kurang daripada 3 jam. Dilancarkan pada tahun 2015, projek ini dibina secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya pada 2030. Kos keseluruhan projek ini dijangka sekitar RM275 bilion.

5. Dubailand - RM251 bilion



Selain Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum, Dubailand merupakan sebuah lagi projek mega yang sedang dibina di Dubai. Dubailand merupakan sebuah kompleks atau kawasan yang akan menempatkan pelbagai kemudahan seperti taman tema, pusat sukan, eko-pelancongan dan tarikan sains.

Projek ini dibina di atas tanah dengan keluasan 278 kilometer persegi dan akan turut menempatkan sebuah hotel mega yang mempunyai 6500 bilik dan kompleks membeli belah dengan keluasan 3 juta meter persegi.

Tiada ulasan