Header Ads

Terkini

Adakah Ini Zaman Kejatuhan Apple? Pepijat Baru Ditemui Pada iPhone X Membuatkan Panggilan Masuk Tidak Boleh Diangkat

Views

Pepijat ialah masalah normal yang semakin kerap dilihat kerana sistem operasi yang semakin kompleks. Bagi sesetengah pemilik iPhone X, pepijat yang muncul pada peranti mereka membuatkan ia gagal berfungsi sebagai telefon dengan sempurna.


Menerusi forum rasmi Apple, pengguna melaporkan gagal menjawab panggilan telefon kerana skrin tidak menyala apabila menerima panggilan. Skrin memerlukan 6-8 saat untuk menyala apabila menerima panggilan yang melambatkan proses menjawab telefon.

Masalah mula muncul sejak Disember lalu dan kini ratusan pengguna mendakwa mengalami masalah yang sama. Melakukan tetapan semula pada peranti hanya menyelesaikan masalah untuk seketika sebelum ia muncul semula. Kami secara peribadi masih belum menemui masalah ini. Pihak Apple masih belum memberikan kenyataan rasmi setakat ini.

p/s : beralihlah kepada Android...☺

Sumber : Forum Apple, Amanz

Tiada ulasan