Header Ads

Terkini

Shah Rukh Khan Dan Amitabh Bachan 'Gaduh' Kerana Twitter?

Views

Pergaduhan besar yang berlaku di antara dua pelakon hebat Bollywood iaitu Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan telah tercetus sehingga membuatkan pelakon senior yang berusia 75 tahun itu tanpa gentar membuat ugutan ingin meninggalkan Twitter.

Namun selepas diselidik, ‘pergaduhan’ yang berlaku diantara dua nama besar di Bollywood itu bukanlah satu masalah besar kerana ia hanyalah disebabkan oleh kedudukan Bachchan sebagai selebriti India yang mempunyai pengikut atau followers teramai di Twitter telah diambil oleh Shah Rukh Khan.


Malah, disebabkan itu juga Bachchan juga turut memuat naik status ugutan kepada Twitter bersama gambranya mencekik musuh dalam filem Hum mengatakan yang Twitter telah mengurangkan jumlah pengikutnya jadi dia ingin menutup akaun Twitternya itu.


Selepas kehilangan banyak pengikut di Twitter, jumlah pengikut Bachchan kini adalah seramai 32, 902, 353 juta sahaja. Manakala, Shah Rukh Khan pula, tidak mempunyai satu pengikut tambahan dan jumlah pengikutnya kekal sama seperti sebelum ini iaitu seramai 32, 944, 338 juta.


Namun, jumlah itu cukup untuk membuatkan Shah Rukh Khan menjadi selebriti India pertama yang mempunyai pengikut teramai dan kedudukan itu diikuti dengan Ambitabh Bachchan.


Sementara itu, selain daripada ‘pergaduhan’ pengikut Twitter, hubungan Amitabh Bachchan dengan Shah Rukh Khan tidak mempunyai sebarang masalah, bahkan kedua-dua bintang itu mempunyai hubungan yang sangat rapat. 

Sumber : UtaraNews

Tiada ulasan