Header Ads

Terkini

Kontroversi Filem Hindi 'Padmaavat', Haram Ditayangkan Di Malaysia Tetapi Halal Pula Di Arab Saudi?

Views

Pengharaman filem Bollywood, Padmaavat baru-baru ini adalah pelajaran yang bermakna untuk pengedar tempatan Antenna Entertainment.

Walaupun pengarah urusannya, Liza Anand, telah menerima keputusan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) mengenai larangan itu, namun ada sedikit rasa tidak berpuas hati.


“Saya berasa sangat tidak berpuas hati dengan pandangan dan penjelasan yang membawa kepada pengharaman itu,” katanya kepada New Straits Times semalam.

Menurut Liza, Antenna Entertainment telah membelanjakan kira-kira US$30,000 (RM116,922) untuk memasarkan filem itu.


Dibenarkan Ditayangkan di Arab Saudi

Filem ini diharamkan di Malaysia kerana mengandungi unsur yang dianggap sensitif kepada masyarakat majoriti Islam

“Apa yang lebih mengecewakan bagi saya ialah pengeluar filem memberitahu saya bahawa Padmaavat telah ditayangkan di Pakistan serta negara-negara lain di Timur Tengah, termasuk Arab Saudi dan UAE. Negara-negara Islam lain tidak melihat apa-apa yang salah dengan filem itu, “katanya.

Padmaavat pada mulanya bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 25 Januari di lebih daripada 90 pawagam tetapi diharamkan.


Rayuan Antenna Entertainment ditolak oleh LPF pada 29 Januari.

Terdahulu, Padmaavat turut mencetuskan kekecohan di India apabila satu rusuhan besar-besaran berlaku sebagai bantahan terhadap tayangan filem itu.

Malah pengarah dan bintang utamanya turut menerima ancaman bunuh daripada pihak tidak bertanggungjawab.

p/s : ala, kalau dapat tayang pun takde rasa minatlah nak tengok pun

Sumber : NST Online, Hangat

Tiada ulasan