Header Ads

Terkini

(Video) Perghhh!!! Untungnya Penonton Yang Hadir Ke Rancangan Ellen DeGeneres Ini, Kerana Beliau Hadiahkan Setiap Seorang 1 Juta USD!

Views

Bercakap mengenai Ellen DeGeneres sudah pasti anda akan dapat membayangkan apa yang terjadi pada anda selepas berjumpa dengannya. Ketepikan kontroversi seksualnya kerana apa yang Hangat.com bawakan kali ini pasti akan membuat anda terkejut.

Kejutan Untuk Penonton

Ellen dan rancangannya, The Ellen Show sememangnya terkenal dengan pelbagai kejutan. Jika sebelum ini anda sudah melihat beliau memberi hadiah kereta, barang kemas dan pelbagai hadiah menarik pada penonton yang hadir kali ini Ellen memberi sesuatu yang lebih besar kepada setiap penonton yang hadir ke rancangannya untuk sebuah episod baru-baru ini.


Dalam episod tersebut, Ellen telah menjemput beberapa orang individu yang telah membuat kebajikan di negara itu. Bagi meraikannya, Ellen sebelum itu telah memberi kejutan dengan meletakkan sekotak bijirin dibawah tempat duduk setiap penonton.

Hadiah 1 Juta USD!

Percaya atau tidak, setelah mereka menerima bungkusan bijirin itu, Ellen telah mengumumkan bahawa setiap seorang daripada mereka bakal membawa pulang wang tunai berjumlah 1 Juta USD!


Bayangkan di dalam studio itu dipenuhi hampir lebih daripada 50 orang, ini bermakna Ellen telah menghadiahkan lebih daripada 50 Juta kepada mereka.


Dalam masa yang sama, Ellen turut memberitahu ini adalah hadiah paling besar pernah beliau berikan kepada penonton dan peminatnya bersempena dengan Hari Jadi beliau. Kami pasti anda pun teringin untuk hadir ke sesi rakaman The Ellen Show bukan? Make a wish!



Sumber : Cosmopolitan, Hangat

Tiada ulasan