Header Ads

Terkini

Leicester City Potong Gaji Riyad Mahrez Sebagai Hukuman Kerana Terus Melakukan Mogok

Views

Riyad Mahrez terus dihukum oleh kelabnya Leicester City diatas apa yang beliau lakukan.

Terbaru, Leicester City telah melanjutkan tempoh hukuman potong gaji beliau selepas pemain itu terus melakukan mogok dengan tidak hadir ke latihan untuk 2 minggu berturut-turut.

Sumber mengatakan yang Mahrez kini berada di Algeria untuk bersama-sama keluarga beliau serta sahabat handai.

Pada mulanya, Leicester City mengambil keputusan untuk tidak menghukum Mahrez dengan begitu keras.

Namun memandangkan pemain tersebut terus melakukan mogok sejak perpindahannya ke Manchester City gagal, pihak kelab memilih untuk memberikan hukuman berat.

Pengurus pasukan iaitu Claude Puel telah mengesahkan yang pemain sayap itu tidak akan bersama skuad Leicester City dalam perlawanan menentang Manchester City minggu ini.


Dalam masa yang sama, Puel juga tidak dapat pasti bilakah pemain itu akan kembali ke kelab.

Tetapi beliau sebagai pengurus berharap pemain itu akan kembali ke pangkuan skuad dan beraksi semula untuk pasukan.

“Saya berharap Mahrez akan kembali pulang ke pangkuan skuad kami dan kembali berkerja keras untuk beraksi pada tahap yang terbaik.”

“Beliau merupakan pemain yang cukup baik, beliau punya hubungan yang baik bersama rakan sepasukan beliau dan beliau sukakan bola sepak.”

Perpindahan Mahrez ke Manchester City pada hari terakhir perpindahan Januari menemui jalan buntu selepas pendahulu Premier League tidak mahu membayar harga yang ditetapkan oleh Leicester City.


Leicester City mahukan £80 juta berserta seorang pemain dari Manchester City, namun ia tidak diterima oleh kelab tersebut.

Sumber : Telegraph, Semuanya Bola

Tiada ulasan