Header Ads

Terkini

Penjualan Jersi Alexis Sanchez Berjaya Memecahkan Rekod Jualan Tertinggi Dalam Sejarah Kelab Manchester United

Views

Perpindahan Alexis Sanchez ke Manchester United nyata telah memberikan impak yang cukup besar kepada kelab tersebut.

Hal ini dapat disaksikan selepas jualan jersi bagi pemain tersebut telah melambung tinggi malah telah memecahkan rekod kelab sebelum ini.

Menurut naib pengerusi Manchester United Ed Woodward, kelab tersebut telah merakamkan jualan jersi nombor 7 Sanchez dengan rekod yang cukup hebat.

Kata Woodward, jualan jersi Sanchez laku dengan 3 kali ganda berbanding jualan rekod bagi jersi bola sepak yang pernah dirakamkan sebelum ini.

Perpindahan Sanchez ke Manchester United dari Arsenal nyata memberikan impak yang cukup besar kepada media sosial.


Tanda pagar #Alexis7 telah menjadi tanda pagar yang cukup hangat dan mendominasi laman sosial Twitter di seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, interaksi yang berlaku mengenai perpindahan pemain tersebut nyata cukup hangat apabila perpindahan tersebut menghasilkan 75% lebih banyak interaksi berbanding perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG).

Perkara ini nyata memberikan keuntungan kepada kelab, memandangkan Manchester United adalah sebuah kelab yang mempunyai jumlah penyokong yang begitu ramai di seluruh dunia.

“Perpindahan ini nyata memberikan impak kepada kelab selepas rekod jualan jersi telah meningkat 3 kali ganda berbanding rekod yang lalu.”

“Dalam masa yang sama, interaksi di media sosial melebihi mana-mana perpindahan sebelum ini.”

Kejayaan ini juga berjaya mengubat sedikit duka buat kelab selepas Woodward mengesahkan Manchester United mengalami kerugian sebanyak £29 juta sejak 3 bulan yang lalu.


Jualan jersi ini nyata dapat membantu kelab untuk menjana pendapatan dan Manchester United cukup beruntung dengan hasil jualan jersi yang mereka peroleh.

Sumber : Skysports, Semuanya Bola

Tiada ulasan