Header Ads

Terkini

Lexip - Tetikus 2 Dalam 1 Pertama Di Dunia Yang Mempunyai 'Joystick' Terbina Di Dalamnya

Views

Semasa kami masih muda belia dahulu, kami gemar permainan simulasi penerbangan IL-2 Sturmovik. Kerana minat yang mendalam kami sanggup membeli joystick penerbangan keluaran Saitek. Kami masih meminati genre ini tetapi harga jualan joystick penerbangan adalah di luar mampu milik dan mengambil terlalu banyak ruang di meja kerja.


Bagi mereka yang masih mahukan joystick tetapi tidak mahu berbelanja lebih, tetikus Lexip ialah jawapan kepada masalah ini. Tetikus ini dilengkapi dengan joystick analog terbina pada bahagian sisi. Tapaknya pula mempunyai gimbal bergerak ke semua arah seperti sebuah flightstick. Oleh itu Lexip boleh digunakan seperti sebuah joystcik dan juga tetikus pada waktu yang sama. Laser yang digunakan mempunyai tahap kepekaan 8200 DPI.




Lexip sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula dari €189 (RM 912).

Sumber : Lexip, Amanz

Tiada ulasan