Header Ads

Terkini

Malaysia Boleh! Siapa Sangka 5 Teknologi Yang Hebat Ini Adalah Buatan Anak Malaysia Dan Ianya Digunakan Di Seluruh Dunia

Views

Barangan buatan Malaysia, kadang-kadang dipandang sebelah mata sahaja. Tetapi, sebenarnya banyak ciptaan rakyat Malaysia yang dipergunakan ramai di seluruh dunia.

Bermula dari 30 jurutera pada tahun 1972, kini MDC memiliki lebih 2,000 jurutera bertugas di Intel Malaysia. Banyak teknologi baru yang digunakan di seluruh dunia, dicipta di MDC.

1. Intel Compute Stick


Komputer yang beroperasi dengan sistem operasi Windows, boleh digerakkan di dalam perkakas bersaiz lebih kecil dari tapak tangan. Intel Compute Stick hanya perlu dicucuk ke mana-mana port HDMI di TV atau monitor, dan ia boleh terus berfungsi penuh sebagai komputer. Sangat bagus untuk kegunaan pendidikan di sekolah dan kolej.

2. Intel Mini PC


Mungkin tidak sekecil Compute Stick tadi, tetapi komputer berpretasi tinggi boleh menjadi sedikit besar dari tapak tangan. Intel Mini PC mempunyai papaninduk khas, yang boleh dilengkapkan slot CPU Intel serta slot RAM dan cakera keras. Kompak tetapi boleh dipasang perkakas sendiri, yang mudah dinaiktaraf jua. Satu lagi rekaan dari Malaysia.

3. Pemproses Intel Atom “Pineview” (SoC)


Netbook, laptop 2-dalam-1 dan telefon pintar menjadi kenyataan kini dengan rekaan Sistem di atas Cip (System-On-a-Chip, SoC). Cip ini dilengkapi CPU dan GPU dalam satu binaan, menjadikannya lebih jimat tenaga dengan prestasi yang sama. Selain itu, ruang juga boleh dijimatkan, menjadi komputer lebih kecil.

Ciptaan ini menjadi pemangkin kepada penciptaan netbook yang kecil, ringan dan lebih mampumilik, yang turun merangkul anugerah pengilangan selama 7-tahun sebe;um ia mula dilancarkan pada tahun 2009.

4. Universal Serial Bus (USB) 1.0


Sebelum ketibaannya, bukan satu perkara yang mudah untuk menyambungkan perkakas ke komputer. Pengawal mikro USB 1.0 dicipta di dalam makmal MDC, menjadikan sambungan komputer tidak pernah semudah ini. Pasang dan terus gunakan. Tak perlu pening lagi mencari kabel yang serasi.

5. Gerbang IoT (Internet of Things)


IoT adalah perkara yang menjadi bualan ramai masakini. Semakin banyak peranti pintar mula diperkenalkan seperti TV, mesin basuh, peti sejuk, dan banyak lagi. Ia boleh menghubungkan peranti pintar antara satu sama lain. Tetapi bagaimana dengan teknologi lama?

Sekali lagi MDC menjadi pencipta teknologi, yang boleh menyambungkan teknologi lama ke ruang IoT, melalui Gerbang IoT. Ia menjadi penyelesaian kepada teknologi lama berhubung ke internet. Ia telah diaplikasikan dengan jayanya ke dalam sistem agrikultur pintar.

Sumber : The Skop

Tiada ulasan