Header Ads

Terkini

Song Bora - Instafamous Korea Selatan Yang Bergelar Mualaf Selepas Jatuh Cinta Dengan Islam

Views

Bagi mereka yang pernah ke Korea Selatan, pastinya mereka tahu bahawa Islam di negara samyang itu adalah minoriti di kalangan majoriti yang tidak mempunyai sebarang agama iaitu di sekitar 0.1% sahaja.


Meskipun begitu, fakta ini tidak menghalang orang-orang di Korea Selatan untuk mendekati Islam dan seterusnya bergelar sebagai seorang saudara baru, mualaf.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Song Bora yang berasal daripada Korea Selatan telah mencuri perhatian orang ramai setelah gambar-gambar beliau yang memakai hijab menjadi tular di internet.




Bora yang merupakan seorang instafamous itu dikatakan telah memeluk Islam sejak dari tahun 2007 lagi setelah beliau jatuh cinta dengan keindahan agama itu.

Perjalanan Bora mengenali Islam sebelum mendapat hidayahNya adalah sangat panjang. Beliau memberitahu yang belliau tidak pernah belajar tentang negara-negara Arab dan Asia Tenggara ketika di bangku persekolahan, apatah lagi mengenai agama Islam.




Beliau kemudiannya telah mempelajari tentang negara-negara ini melalui pencariannya di internet sebelum belajar bahasa Arab ketika menuntut di sebuah universiti.

Selain bergiat aktif di laman Instagramnya yang memiliki sekitar 146k orang pengikut, Bora juga merupakan seorang guru agama Islam dan juga guru Bahasa Arab di Korea Selatan.

#1. Song Bora telah pun bergelar mualaf sejak tahun 2007 lagi.


#2. Beliau merupakan seorang guru agama Islam dan juga guru bahasa Arab di Korea Muslim Federation.


#3. Bora bersama dengan kawannya Safiya Kang Nayeon yang juga merupakan seorang mualaf seperti dirinya.


#4. Bora aktif di dalam aktiviti yang melibatkan agama Islam seperti Muslim International Conference.


#5. Beliau turut mengaku menghadapi pelbagai cabaran bergelar seorang muslim di Korea Selatan disebabkan oleh sikap prejudis orang di sana terhadap agama Islam.






Sumber : Taiko TV

Tiada ulasan