Header Ads

Terkini

(Video) Pekerja Hotel Ini Tidak Fasih Berbahasa Inggeris Dan Dituduh Menawarkan Oral Seks Kepada Pelanggan Yang Tersalah Dengar

Views

Baru-baru ini, banyak kes yang melibatkan gangguan seksual di tempat-tempat umum. Kes sebegini membuatkan para wanita makin memberanikan diri untuk mendedahkan kejadian gangguan seksual yang mereka alami.

Hal ini juga yang dilakukan oleh seorang wanita yang berasal dari New Zealand, Aneta Baker.



Pada hari Jumaat(2/2/2018), wanita ini mencuri perhatian netizen selepas dirinya membuat sebuah posting di Facebook yang menjelaskan bahawa dia mengalami gangguan seksual ketika berada di sebuah hotel di Bali.

Video tersebut menjadi viral dengan lebih dari 1.7 juta kali ditonton dan seribu kali di kongsi di Facebook. Lihat video di bawah.



Kejadian buruk ini sendiri terjadi ketika Aneta Baker mahu daftar keluar dari hotel.

Dari keterangan ditulis, masalah ini bermula ketika ada salah faham antara pihak hotel di Bali dan Anita serta teman-teman yang menginap bersamanya.  Hal itu membuatnya dia kena bayar lebih, sehingga dia meminta pulangan wang (refund).


Namun, pegawai hotel yang berbicara padanya menyebutkan bahawa hal tersebut sukar untuk diproses. Lelaki ini menawarkan hal tak senonoh kepada Aneta Baker. Dia berdalih proses refund ini memerlukan waktu sangat lama.

Sebutan ‘blowjob’ oleh pekerja hotel itu yang meminta hal tak senonoh pada Aneta Baker terakam jelas pada video.

Salah Anggap! Voucher Bukan ‘Blow Job’

Dipetik dari Coconut.com, menurutnya netizen bernama Ditta Triwidianti yang mengeluarkan posting di media sosial ditujukan kepada Aneta, Ditta menegaskan bahawa pekerja lelaki ini menyebut Voucher bukan ‘Blow Job’.

“Jika anda lihat keseluruhan video, ada salah faham di sini. Sebenarnya lelaki ini telah melakukan kesilapan ketika membuat tempahan hotel untuk wanita ini. Dia mahu menyelesaikan masalah ini dengan memberi voucher dan topik ini menjadi perbincangan sepanjang perbualan itu. Lelaki ini sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membayar dengan voucher bukannya ‘Blowjob’"

Selain itu, Ditta juga menyangkal semual aksi Aneta Baker yang mendedahkan kejadian ini di Facebook. Menurutnya aksi Aneta ini justeru menjurus kepada Buli Cyber.

Biasalah, nampak jelas lelaki ini kurang fasih bahasa Inggeris, mungkin dia tak perasan dengan sebutan wanita New Zealand yang seolah-olah macam nak ‘Game’ pekerja hotel ini.

Sumber : Hangat, Coconut.com

Tiada ulasan